Harian Metro

FOTO NGERI

- Mohd Rizal Abdullah mohd.rizal@hmetro.com.my

„ Penjenayah lakukan aksi menakutkan apabila letak parang di leher mangsa ketika bergambar

Seorang daripada tiga penjenayah berkelakua­n pelik apabila merakam gambar bersama dua mangsa sebelum melarikan diri dalam kejadian samun bersenjata di sebuah rumah di Jalan Airport, jam 2 pagi kelmarin.

Suspek meminta rakan jenayahnya merakam gambarnya bersama kedua-dua mangsa yang juga suami isteri sebelum melarikan diri.

Mangsa, Nancy Kong, 32, berkata, selepas penjenayah mengambil barang berharga, seorang daripada mereka memanggil suaminya, Chew Fook Leyong, 32, untuk bergambar.

Menurut Nancy, penjenayah juga melakukan aksi menakutkan apabila meletakkan parang di leher suaminya ketika bergambar.

“Selepas bergambar dengan suami, penjenayah bergambar dengan saya sebelum merakam gambar saya serta suami. Saya bertanya kepada suspek mengapa dia merakam gambar berkenaan, katanya ia sebagai kenangan,” katanya ketika ditemui Harian Metro, semalam.

Nancy berkata, ketiga-tiga penjenayah memakai topeng dan dipercayai warga Indonesia melalui dialek pertuturan.

“Dua daripada penjenayah membawa parang manakala seorang lagi membawa sabit. Pelbagai barangan berharga dilarikan namun saya serta suami selain dua anak kami tidak apa-apakan,” katanya. Mengimbau kejadian, Nancy berkata, ketika itu, dia dan suami tidur di bilik sama dengan anak perempuan bongsu, Sylwyn Chew yang berusia dua tahun serta anak lelaki, Vincent Chew, 11, tidur di bilik berasingan.

“Tiba-tiba, dua penjenayah meluru masuk ke bilik dan meletak sabit di kepala saya dan suami manakala seorang lagi ke tingkat bawah. Mereka meminta kami diam.

“Penjenayah mengambil barangan berharga seperti barang kemas serta wang tunai lebih RM10,000. Anggaran kerugian ialah RM40,000,” katanya.

Menurut Nancy, kejadian dirakam kamera litar tertutup (CCTV) dan dia sudah membuat laporan di Balai Polis Pusat Miri.

 ??  ?? KEADAAN rumah mangsa yang digeledah penjenayah.
KEADAAN rumah mangsa yang digeledah penjenayah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia