Harian Metro

Pembeli rumah kali pertama perlu elak beli kediaman komersial

-

Kuala Lumpur: Pembeli rumah kali pertama disarankan tidak membeli unit Pejabat Kecil Pejabat Versatil (SOVO), Pejabat Kecil Pejabat Fleksibel (SOFO) dan Pejabat Kecil Rumah Pejabat (SOHO) kerana ia tidak bersesuaia­n dengan pendapatan dan latar belakang masing-masing.

Perunding Hartanah Khalil Adis Consultanc­y, Khalil Adis berkata, perkara itu perlu diberi penekanan ke rana pembeli terpaksa membayar harga komersial jika ingin membeli unit hartanah terbabit.

“Pembeli kali pertama perlu mencari hartanah yang dilindungi di bawah Akta Pembanguna­n Perumahan,” katanya dalam seminar bertajuk Tip dan Strategi Gen Y Membeli Rumah Kali Pertama di Selangor dan Kuala Lumpur sempena pameran hartanah MyRumah siri ketiga di sini, semalam.

Beliau berkata, pembeli rumah kali pertama perlu mencari rumah mampu milik yang menyediaka­n bilik paling baik bagi menjana pulangan nilai modal pelaburan.

“Mereka juga perlu memeriksa pembanguna­n induk, pemacu ekonomi dan peluang pekerjaan yang ada di kawasan persekitar­an rumah mampu milik itu.

“Apa yang menjadi masalah ialah kebanyakan pembeli di Malaysia membeli rumah berdasarka­n harga dan jika membeli di Bukit Beruntung, Selangor maka harga tidak akan meningkat malah menurun,” katanya.

Pada masa sama, Khalil berkata, isu utama dalam kalangan Gen Y untuk membeli rumah pada masa kini adalah berkaitan pinjaman perumahan di mana 40 peratus pemohonan pinjaman perumahan ditolak institusi perbankan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia