Harian Metro

PUSARA TERAPUNG

- Agensi

Sebuah kelab marin berusaha mencari pelabur untuk menukar sebuah kapal persiaran mewah menjadi pusara terapung, lengkap dengan hotel, restoran dan juga panggung wayang.

Projek yang dicadangka­n oleh HK Ship Art Club itu merancang mengubah kapal persiaran seberat 60,000 tan menjadi pusara terapung yang berpangkal­an di Hong Kong.

Lebih menarik lagi, kapal itu turut menawarkan perkhidmat­an seperti kapal persiaran mewah.

Akhbar South China Morning Post melaporkan, ahli perniagaan di sebalik cadangan itu berusaha mencari pelaburan berjumlah RM256 juta untuk membiayai projek berkenaan.

Sebahagian dana itu akan digunakan untuk membeli kapal persiaran yang dianggarka­n berharga RM71.45 juta.

Kapal itu mampu menempatka­n kira-kira 48,000 kubur dan akan dijual dengan harga bermula dari RM30,700.

Pusara terapung itu yang akan berlabuh di Telok Kowloon mampu menampung 1,000 pengunjung dan boleh belayar bila-bila masa.

Sebagai tambahan, terdapat kru mewakili beberapa agama utama bagi melaksanak­an upacara pengebumia­n mengikut kepercayaa­n pelanggan.

Pelawat juga boleh tinggal di hotel mewah yang disediakan di kapal berkenaan dan boleh menikmati pelbagai kemudahan seperti gimnasium, restoran dan juga boleh menonton wayang.

Selain itu, mereka yang hanya mahu melawat kapal persiaran berkenaan boleh berbuat demikian dengan bayaran yang ditetapkan.

Hong Kong adalah antara bandar raya paling padat di dunia dan tanah perkuburan adalah isu besar di wilayah itu.

Ini bukanlah kali pertama pusara terapung dicadangka­n di Hong Kong.

Pada 2012, syarikat reka bentuk, Bread Studio yang mempunyai pejabat di Hong Kong dan London turut mencadangk­an kapal serupa yang dinamakan Floating Eternity.

„ Kelab marin cadang tukar kapal persiaran

mewah jadi tempat perkuburan

 ??  ?? LAKARAN artis menunjukka­n sebuah kapal persiaran yang dijadikan pusara terapung. - Bread Studio
LAKARAN artis menunjukka­n sebuah kapal persiaran yang dijadikan pusara terapung. - Bread Studio
 ??  ?? KAPAL yang dicadangka­n bukan hanya menempatka­n kubur tetapi turut menawarkan pelbagai kemudahan seperti kapal persiaran mewah yang lain. - Bread Studio
KAPAL yang dicadangka­n bukan hanya menempatka­n kubur tetapi turut menawarkan pelbagai kemudahan seperti kapal persiaran mewah yang lain. - Bread Studio

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia