Harian Metro

SIMPAN SAMPAI ANTIK

-

„ Topi keledar ibarat ‘nyawa’ Hafizh di dalam litar, tak minat jual kerana miliki pelbagai kenangan

ketika berlumba

sama sekali tidak berminat menjual topi keledar yang pernah digunakann­ya termasuk yang sudah rosak serta ada kesan calar akibat terjatuh ketika berlumba.

“Saya tak suka jual barang-barang saya. Bila sudah digunakan, saya akan simpan sampai buruk atau sehingga rosak.

“Setiap topi keledar yang saya simpan mempunyai kenangan tersendiri. Ia akan mengingatk­an saya terhadap setiap perlumbaan yang disertai.

“Jadi, dengan melihat saja kepada topi keledar itu saya boleh ceritakan apa yang berlaku atau dicapai dengannya.

“Contohnya topi keledar model Shoei. Saya menggunaka­nnya ketika beraksi menerusi tiket wild card di Litar Antarabang­sa Sepang pada 2012.

“Ketika itu saya bermula dari kelompok belakang sebelum menamatkan perlumbaan di tempat keempat.

“Tapi beberapa bulan selepas itu saya diberikan podium ketiga kerana pelumba yang menamatkan perlumbaan di tempat itu gagal ujian doping,” katanya.

Hafizh berkata, sejak beraksi dalam saingan CEV dia mula mendapat tajaan daripada X-lite, jenama topi keledar dari Itali.

Bagi Hafizh selain faktor keselamata­n, tidak kira ketika beraksi di atas atau di luar litar, topi keledar memberi makna yang amat mendalam untuk dirinya.

“Ketika berlumba, ia menggambar­kan imej dan menjadi sebahagian daripada ‘nyawa’ saya juga.

“Setiap kali sebelum turun ke litar, saya selalu mencium belakang topi keledar dan kemudian membaca doa naik kenderaan.

“Selepas itu, barulah saya akan memakainya,” katanya.

 ?? Hafizh Syahrin Abdullah
OSMAN ADNAN ?? Setiap topi keledar yang saya simpan mempunyai kenangan tersendiri” HAFIZH menunjukka­n sebahagian koleksi topi keledar miliknya.
Hafizh Syahrin Abdullah OSMAN ADNAN Setiap topi keledar yang saya simpan mempunyai kenangan tersendiri” HAFIZH menunjukka­n sebahagian koleksi topi keledar miliknya.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia