Harian Metro

JDT SELAMA-LAMANYA DI HATI

- Ferzalfie Fauzi ferzalfie@hmetro.com.my

Perancanga­n pembanguna­n bola sepak yang tersusun dan keyakinan tinggi terhadap Johor Darul Ta’zim (JDT) menjadi punca kenapa Ferima Sofea Zaini menjadi peminat setia kepada pasukan dari selatan tanah air itu.

Ferima Sofea tidak seperti sebahagian penyokong lain, yang baru saja menunjukka­n minat mendalam kepada

JDT selepas Harimau Selatan itu melakukan transforma­si luar biasa dalam aspek pengurusan tetapi sejak pasukan itu dikenali sebagai Johor FC lagi.

Bagi Ferima Sofia, dia tidak hanya meminati seorang pemain saja tetapi semua kesebelasa­n utama yang diturunkan oleh jurulatih Mario Gomez mempunyai kehebatan serta penampilan tersendiri.

“Saya tidak menyertai mana-mana kelab penyokong kerana memberi sokongan tanpa terikat dengan menyertai manamana kelab, lebih memberi makna tersendiri,” katanya yang berusia 31 tahun.

Ditanya apakah detik manis buatnya sepanjang menjadi penyokong tegar JDT, Ferima Sofea mengakui aksi final sulung Piala AFC adalah peristiwa yang akan diingati sampai bila-bila.

“Ia akan dikenang apabila mereka (JDT) berjaya menjulang Piala

AFC. Ketika itu sejarah baharu sudah tercipta buat pasukan kegemaran saya. Bagaimanap­un, saya mempunyai hasrat dan cita-cita untuk melihat penampilan anak jati negeri Johor membarisi kesebelasa­n utama JDT.

“Saya rasa aspek pembanguna­n prasarana bola sepak Johor dan sistem pengurusan boleh mengubah corak bola sepak di Malaysia,” katanya yang sentiasa menghabisk­an masa bersama suami, Sofian Mohamed menyaksika­n perlawanan bola sepak di stadium.

Lebih menarik suaminya adalah peminat tegar pasukan Selangor dan kelibat kedua-dua penyokong ini dengan memakai jersi pasukan kesayangan masing-masing juga sentiasa dapat dilihat di stadium mahupun laman sosial.

“Sekarang ini biarlah

JDT tenang dikritik tapi pada masa akan datang bakal menjadi legenda yang didendang,” kata wanita berasal dari Batu Pahat itu.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia