Harian Metro

PEWARIS 13 BERADIK

- Nursaliawa­ti@mediaprima.com.my

„ Lelaki ditahan ketika membuat persiapan menyambut hari kebesaran ajaran Syiah

Jasin

Persiapan seorang lelaki dipercayai pengikut ajaran Syiah menyambut hari kebesaran mengikut fahaman itu sempena 10 Muharam terbantut apabila rumah dijadikan lokasi sambutan di Jalan Jasmin, FELDA Kemendor, di sini, diserbu pegawai penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), semalam.

Hasil pemeriksaa­n dalam serbuan bermula jam 10.55 pagi itu mendapati bendera digantung dan poster ditampal di rumah itu sebagai persiapan sambutan pada hari sebelumnya diturunkan.

Difahamkan, sepasukan pegawai penguat kuasa JAIM yang melakukan intipan sejak kelmarin mendapati individu dipercayai pengikut ajaran terbabit giat melakukan persiapan termasuk memasang bendera di atas bumbung rumah.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa JAIM Rahimin Bani berkata, operasi itu dilakukan bagi menguatkua­sakan pematuhan Fatwa

Kerajaan Negeri Melaka berkaitan fahaman atau amalan Syiah bercanggah dengan pegangan Ahli Sunnah

Wal Jamaah.

Beliau berkata, ketika pasukan serbuan tiba, lokasi sambutan itu didapati lengang dan pihaknya berjumpa dengan lelaki berusia 54 tahun terbabit di dalam rumah sambil ditemani pemuda dipercayai anak saudaranya berusia 32 tahun.

“Hasil soal tanya lelaki itu dengan selamba mengaku berpegang kepada fahaman Syiah manakala pemuda terbabit menafikan dia mengikut ajaran sama.

“Malah lelaki itu turut mengaku menggunaka­n Internet untuk mencari bahan (bacaan) bagi mendalami ilmunya. Ditanya sama ada pernah belajar atau berguru dengan mana-mana individu, lelaki terbabit berkata tidak pernah berbuat demikian,” katanya.

Menurutnya, lelaki itu adalah pewaris terkini fahaman yang diwarisiny­a bersama 13 adikberadi­knya yang lain secara turun-temurun daripada keluarga mereka.

Katanya, hasil siasatan dan intipan, pihaknya mendapati pengikut fahaman itu secara terang-terangan memuat naik maklumat ajaran Syiah yang bertentang­an dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah di laman sosial

 ??  ?? PENGUAT kuasa JAIM menunjukka­n barangan milik dua lelaki dipercayai pengikut ajaran Syiah.
PENGUAT kuasa JAIM menunjukka­n barangan milik dua lelaki dipercayai pengikut ajaran Syiah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia