Harian Metro

Sukar dapat bekalan ikan

-

Alor Gajah: Pengusaha ikan masin di daerah ini mendakwa bakal terjejas dengan kesukaran mendapatka­n bekalan ikan mentah jika fenomena air pasang besar dan angin Monsun Barat Daya yang diramalkan berlaku pada Khamis ini.

Ini berikutan mereka terjejas teruk akibat kesukaran mendapatka­n bekalan ikan disebabkan nelayan tidak turun ke laut ketika gelombang pertama fenomena itu melanda pertengaha­n bulan lalu.

Seorang pengusaha ikan masin Che Ah Comel, 64, berkata, secara kebiasaan dia mampu memperoleh bekalan ikan beliak mata, gelama, mempinis, haruan pasir, bulu ayam dan tempurung dalam jumlah banyak daripada nelayan.

Menurutnya, bekalan berkenaan diperoleh pada harga RM1.50 satu kilogram (kg) lalu disiang sebelum direndam dalam air garam dan seterusnya dijemur untuk dijadikan ikan masin.

“Pengusaha ikan masin di kawasan ini bergantung sepenuhnya kepada bekalan ikan daripada nelayan dan jika mereka tidak turun ke laut menyebabka­n kami akan terputus bekalan.

“Malah, ketika fenomena sebelum ini saya juga terputus bekalan ikan mentah selama seminggu dan hanya mampu duduk di rumah tanpa berbuat apa-apa, sekali gus berharap keadaan kembali pulih seperti biasa,” katanya ketika ditemui di Kampung Telok Gong, Kuala Sungai Baru, di sini, semalam.

Menurutnya, bekalan ikan mentah boleh diperoleh dalam jumlah banyak, malah dia akan membeli antara 10 hingga 20 kg ikan setiap hari untuk diproses menjadi ikan masin dengan bantuan tiga anak perempuann­ya.

Katanya, dia mula terbabit dalam perusahaan ikan masin selepas suaminya, Abdul Kadir Mohd Ali meninggal dunia kira-kira lima tahun lalu kerana mahu mengisi masa lapang selain menambah pendapatan.

“Ikan masin yang dihasilkan tidak disapu dengan garam sebelum dijemur, sebaliknya direndam dalam air garam. Proses itu menghasilk­an isi ikan yang tidak terlalu masin, selain rangup seperti keropok.memasarkan­nya kerana sudah ada pelanggan “Jualan ikan masin ditetapkan pada harga RM20 satu kg. Saya tidak perlu bersusah payah untuk tetap datang mengambil bekalan di rumah,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia