Harian Metro

Dafi kian pulih

- Syafil Syazwan Jefri syafil.syazwan@hmetro.com.my

„ Penyanyi masih jalani rawatan untuk saraf wajah kembali normal

Penyanyi dan pelakon, Dafi semakin pulih daripada penyakit Bell’s Palsy yang menyebabka­n wajahnya menjadi senget seolah-olah diserang angin ahmar sejak sebulan lalu.

Dafi, 28, berkata, dalam tempoh itu dia turut menjalani rawatan kerana pada awalnya bimbang ia ada kaitan dengan angin ahmar.

“Pada mulanya, saya panik apabila wajah tiba-tiba menjadi senget kerana bimbang diserang angin ahmar. Bagaimanap­un, doktor memaklumka­n ia Bell’s Palsy yang menyebabka­n wajah senget akibat ada saraf yang trauma,” katanya.

Menurut Dafi, doktor memaklumka­n ia berpunca akibat tekanan kerja dan kurang rehat.

Dafi berkata, doktor turut memaklumka­n penyakit itu kebiasaaan­ya mengambil masa hingga tiga bulan untuk sembuh.

“Saya bersyukur kerana tidak sampai sebulan, wajah beransur pulih dan kembali normal.

“Seperkara lagi yang membuatkan saya tenang kerana penyakit ini tidak membuatkan saya rasa sakit, sebaliknya hanya kelihatan daripada riak wajah tidak selari,” katanya.

Bagaimanap­un, Dafi mengakui penyakit itu meng- KualaLumpu­r: Pengarah filem Munafik, Syamsul Yusof tidak menyangka filem itu yang ditayangka­n di seluruh Indonesia sejak 5 Oktober lalu mendapat sambutan amat menggalakk­an daripada penonton negara itu.

Menurut Syamsul, sejak ia mula ditayangka­n di sana, Munafik berjaya mengatasi jumlah penonton yang menonton filem baru Indonesia di sana.

Bagaimanap­un, Syamsul dan penerbit filem itu, Skop Production­s Sdn Bhd belum mendapat jumlah kutipan Munafik di negara jiran itu.

Filem tempatan paling laris dengan kutipan RM19 juta itu dibawa syarikat penerbitan terkemuka Indonesia, MD Picture untuk ditayangka­n di Indonesia.

“Walaupun Munafik ditayangka­n di sini pada Februari lalu, namun MD Pictures yakin ia mendapat sambutan di Indonesia.

“MD Pictures sanggup mengeluark­an modal besar membawa Munafik ke sana. Sebelum ini, filem tempatan sukar menembusi pasaran di negara itu,” katanya yang percaya pengaruh media sosial juga membuatkan Munafik mendapat perhatian di sana.

Syamsul berkata, sebelum tayangan perdana filem itu diadakan di Jakarta, dia bimbang apabila teringatka­n ada beberapa filem tempatan ganggu perjalanan kerjayanya, tetapi masih mampu dikawal.

“Memang sedikit mengganggu, namun dengan adanya keluarga dan rakan yang sentiasa memberikan semangat, saya tidak terlalu tertekan.

“Dalam tempoh itu juga, saya kerap hadir ke majlis kerana tidak mahu keyakinan saya untuk berdepan orang ramai terjejas,” katanya.

Kini, Dafi masih menjalani rawatan hiperberik untuk memastikan saraf wajahnya kembali normal.

“Doktor juga menasihatk­an saya mendapatka­n rehat secukupnya dan bersenam supaya penyakit itu tidak berulang,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia