Harian Metro

Lukisan istimewa guna kaki

-

Sungai Petani: Dirinya tidak seperti insan normal lain apabila kudung kedua-dua tangan selain saiz tubuh yang pendek, namun itu bukan alasan untuk berputus asa sebaliknya menggunaka­n bakat semula jadi dikurniaka­n dengan berkarya melalui lukisan menggunaka­n kaki.

Insan istimewa orang kurang upaya (OKU) Aliah Talib, 29, tidak pernah putus asa dalam hidup malah sentiasa berusaha meningkatk­an kemahiran dalam berkarya selain sentiasa bersikap positif.

Menurutnya, kekurangan dirinya bukan penghalang untuk menyerlahk­an bakat melukis walaupun terpaksa bersaing dengan pelukis normal.

Dia yang mesra dipanggil Lia berkata, dia terus berusaha menghasilk­an karya berkualiti dan memenuhi cita rasa peminat seni lukis.

Katanya, seperti pelukis lain, dia perlu mencipta identiti sendiri dalam berkarya bertemakan batik kontempora­ri sama ada melukis potret, pemandanga­n dan bahan berkaitan kehidupan manusia.

“Saya mula melukis sejak berusia sembilan tahun, tetapi ketika itu cuma pandai melukis potret hitam putih.

“Ketika belajar di Pusat Latihan Perindustr­ian dan Pemulihan (PLPDP) OKU di Bangi, Selangor selama lima tahun dari 2004 hingga 2009 barulah saya pandai dan mahir melukis menggunaka­n cat air bertemakan batik,” katanya.

Alia ditemui sempena pameran lukisan 104 Tahun Kuala Muda anjuran Angkatan Pelukis Kedah (APK) dengan kerjasama Universiti Teknologi MARA (UiTM) Merbok dan Majlis Perbandara­n Sungai Petani Kedah (MPSPK) di sebuah pusat beli-belah, di sini, semalam.

 ??  ?? ALIAH (tengah) menunjukka­n lukisan yang dihasilkan­nya menggunaka­n kaki.
ALIAH (tengah) menunjukka­n lukisan yang dihasilkan­nya menggunaka­n kaki.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia