Harian Metro

JUAL KARPET, GULUNG TIKAR

- Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor mohdhelmi@hmetro.com.my

Nilai

Suatu ketika dulu, Pusat Perniagaan Nilai 3, di sini, cukup popular dalam kalangan ‘kaki shopping’ hingga ada menggelar lokasi terbabit sebagai syurga beli-belah.

Namun, segala-galanya berubah kini apabila pusat perdaganga­n terbesar di negeri ini semakin suram, bahkan sedikit demi sedikit peniaga menutup perniagaan dan berpindah ke tempat lain.

Entah di mana silapnya, gedung beli-belah yang menempatka­n pelbagai barangan hiasan tidak semeriah dulu dengan kedatangan pengunjung boleh dihitung dengan jari.

Malah, banyak kedai ditutup termasuk gulung tikar dan sekiranya ada kedai pun, ia kelihatan seperti meniti hari untuk ‘dibungkus’.

Rentetan itu, ramai peniaga mengeluh memikirkan nasib mereka selepas pendapatan bulanan merosot berganda berbanding sebelum ini.

Pada awal pembukaann­ya iaitu 2001, gedung ini mendapat sambutan hangat dan suasana membeli-belah sentiasa meriah dengan tawaran diberikan demi menarik pelanggan.

Peniaga, Ali Sadiqin Omar, 45, berkata, jika sebelum ini dia mampu meraih pendapatan harian antara RM3,000 hingga RM4,000, namun sekarang untuk mendapat RM500 sehari, amat sukar sekali.

Dia menyifatka­n peniaga yang ada bimbang terhadap pusat perniagaan terbabit yang diibaratka­n sebagai ‘hidup segan mati tak mahu’.

“Pusat perniagaan ini beroperasi sejak 2001 dan sebelum ini dianggap lubuk rezeki biarpun peniaga dikenakan kadar sewa tinggi.

“Sejak tiga tahun kebelakang­an ini, kawasan terbabit lengang dan sunyi berikutan tidak mendapat sambutan pengunjung. Kalau dulu sepanjang seminggu, Nilai 3 dibanjiri orang ramai.

“Disebabkan itulah saya berniaga seawal jam 6 pagi hingga lewat tengah malam. Hasilnya, saya mampu meraih antara RM3,000

„ Ramai peniaga Nilai 3 meniti hari tutup perniagaan

 ?? Ali ?? Sejak tiga tahun kebelakang­an ini, kawasan terbabit lengang dan sunyi berikutan tidak mendapat sambutan pengunjung”
Ali Sejak tiga tahun kebelakang­an ini, kawasan terbabit lengang dan sunyi berikutan tidak mendapat sambutan pengunjung”
 ??  ?? DERETAN premis di Kawasan Perniagaan Nilai 3 yang sudah ditutup.
DERETAN premis di Kawasan Perniagaan Nilai 3 yang sudah ditutup.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia