Harian Metro

Eksploitas­i 21 wanita

- Izlaily Nurul Ain Hussein izlaily@hmetro.com.my

Seorang lelaki dan menantunya dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas tuduhan memperdaga­ngkan 21 wanita warga Thailand bagi tujuan eksploitas­i, bulan lalu.

Bagaimanap­un, tertuduh, Abdunnaseh Chuden, 50, dan menantunya, Abdulloh Doloh, 25, masing-masing mengaku tidak bersalah bagi 12 dan sembilan pertuduhan yang dibacakan terhadap mereka di mahkamah berasingan.

Di hadapan Hakim Kamarudin Kamsun, Abdunnaseh yang juga warga Thailand mengaku tidak bersalah memperdaga­ngkan 12 wanita warganegar­a berkenaan berusia antara 45 hingga 81 tahun bagi tujuan eksploitas­i untuk aktiviti menyalahi undang-undang.

Semua perbuatan itu dilakukan tertuduh di lorong belakang bank di Jalan Seri Impian 1, Taman Impian Emas, Skudai di sini, jam 11.15 pagi, 27 September lalu.

Di mahkamah berasingan, Abdulloh, juga warga Thailand mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Mohd Fauzi Mohd Nasir atas pertuduhan sama terhadap sembilan wanita warga Thailand berusia antara 30 hingga 68 tahun di lorong belakang premis No 33, Jalan Padi Emas 6/2, Bandar Baru Uda di sini, jam 12.45 tengah hari, tarikh yang sama.

Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 12 Akta Antipemerd­agangan Orang dan Antipenyel­udupan Migran 2007 yang membawa hukuman penjara maksimum 15 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Noridayu Md Kassim mencadangk­an kedua-dua tertuduh tidak diberikan ikat jamin memandangk­an mereka adalah warga asing dan dikhuatiri melarikan diri walaupun jumlah jaminan dibenarkan tinggi.

Noridayu berkata, tertuduh dipercayai mengangkut mangsa untuk menjalanka­n aktiviti menjual keropok di premis bank sekitar Johor Bahru.

Namun, peguam Mariana Mat Kudin yang mewakili kedua-dua tertuduh memohon jaminan diberikan dengan alasan pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah.

“Abdunnaseh menghidap penyakit kronik dan bergantung kepada ubat seperti kencing manis, jantung serta

„ Lelaki, menantu warga Thailand didakwa perdagang rakan senegara jual keropok

darah tinggi yang memerlukan rawatan dari semasa ke semasa.

“Tertuduh menanggung isteri yang tidak bekerja dan dia hanya bekerja sebagai penoreh getah dengan pendapatan RM20 sehari,” katanya.

Beliau berkata, Abdulloh perlu menjaga isterinya yang hamil tujuh bulan dan memberitah­u mahkamah, tertuduh mempunyai permit kerja sah di kedai makan di Kulai.

 ??  ?? ABDUNNASEH
ABDULLOH
ABDUNNASEH ABDULLOH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia