Harian Metro

PELIHARA MOMENTUM

- Syazwan Msar syazwan@hmetro.com.my

Kuala Lumpur

Atlet yang memperoleh pelbagai insentif dan ganjaran dinasihatk­an tidak terlalu leka atau dibuai mimpi hingga mengganggu fokus untuk mencipta lebih banyak kejayaan.

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata, insentif dan ganjaran diterima sepatutnya dijadikan sebagai pembakar semangat mencipta kejayaan lebih gemilang, seterusnya mengharumk­an nama negara di persada antarabang­sa.

Beliau berkata, kebimbanga­n paling utama beliau apabila setiap atlet menerima insentif dan ganjaran pihak tertentu mudah leka dan terlepas mengekalka­n momentum mencipta pelbagai kejayaan lain.

“Saya berharap setiap insentif atau ganjaran diterima atlet negara diuruskan dengan baik dan sistematik supaya mereka tidak mudah lalai atau terus berasa selesa hingga mengabaika­n matlamat sebenar iaitu terus mencipta kejayaan untuk negara.

“Fokus atlet mengekalka­n momentum untuk melakar kejayaan dan jangan jadikan ganjaran atau insentif diterima sebagai penghalang mencapai matlamat itu,” katanya pada Majlis Penyerahan Sumbangan Daripada Kumpulan Syarikat NAZA Kepada Pemenang Pingat di Sukan Paralimpik Rio,2016, di sini, semalam.

Hadir sama pada majlis itu, Mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi, Penaung Majlis Paralimpik Malaysia Tun Jeanne Abdullah dan Pengerusi Eksekutif Bersama Kumpulan Syarikat NAZA SM Nasarudin SM Nasimuddin.

Pada majlis berkenaan, tiga atlet Paralimpik negara memenangi pingat emas di Sukan Paralimpik Rio 2016, baru-baru ini menerima ganjaran berupa suite kediaman di Trion 888, Equine Park, Seri

„ Atlet terima insentif diminta kekal prestasi, elak berasa selesa

Kembangan, Kenderaan Sukan Pelbagai Guna (SUV) Kia Sportage manakala pemenang pingat gangsa pula membawa pulang kereta Kia Rio Sedan dengan jumlah keseluruha­n RM1.5 juta.

Sementara itu, Khairy berharap lebih banyak syarikat swasta tampil memberikan sokongan dalam meningkatk­an mutu sukan di negara ini.

“Pembabitan sektor korporat seperti NAZA mampu memberikan nilai tambah dalam usaha kerajaan melahirkan lebih ramai atlet pada masa akan datang yang mampu mencipta pelbagai kejayaan di persada antarabang­sa,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia