Harian Metro

Hadiah putus pertunanga­n

- Zatul Iffah Zolkiply zatuliffah@hmetro.com.my

„ Kunjungan lelaki untuk bincang soal pembatalan perkahwina­n bertukar tragedi apabila ditumbuk

Hanya kerana ingin membatalka­n perkahwina­n dengan tunangnya, seorang lelaki ditumbuk oleh salah seorang ahli keluarga wanita terbabit yang tidak berpuas hati dengan tindakan mangsa dalam kejadian di Seberang Takir, Kuala Nerus, di sini, pada Khamis lalu.

Kejadian

dipercayai berlaku kira-kira jam 9.30 malam ketika mangsa yang berusia 27 tahun dan bekerja di sebuah kilang kelapa sawit di Hulu Terengganu, datang ke rumah bakal isterinya dengan niat untuk berbincang mengenai perkahwina­n mereka yang mahu dibatalkan.

Menurut sumber, mangsa yang datang berseorang­an dikatakan mahu berbincang secara baik mengenai majlis perkahwina­n itu yang terpaksa dibatalkan selepas tunangnya itu terbabit dalam kemalangan sebelum ini.

Katanya, ketika berbincang, adik ipar bakal isterinya itu tiba-tiba muncul dan menumbuk muka mangsa menyebabka­n lelaki itu cedera di mata kanan.

“Tidak cukup dengan itu, suspek turut menuduh mangsa mempermain­kan perasaan kakak iparnya dan mengugut akan membalas dendam kerana memalukan keluarga mentuanya,” kata sumber itu di sini, semalam.

Susulan kejadian itu, mangsa membuat laporan polis kerana tidak berpuas hati dengan tindakan suspek, selain bimbang keselamata­n dirinya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Asisten Komisioner Idris Abd Rafar ketika dihubungi mengesahka­n pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia