Harian Metro

Tatap wajah kali terakhir Pihak polis masih jalankan siasatan nahas

-

„ Jenazah dua beranak kemalangan selamat dikebumika­n dalam satu liang lahad

Kehidupan alam rumah tangga buat Mohamad Hakim Mohd Maddin, 28, bersama isteri Nadzirah Mohamad Syukur, 26, cukup bahagia sejak awal perkahwina­n sehingga mereka dikurniaka­n cahaya mata sulung, tahun ini.

Namun, disangkaka­n panas hingga ke petang, tapi hujan di tengah hari, kehidupan Mohamad Hakim berubah 360 darjah apabila dua insan tersayang termasuk anak tunggalnya Nur Rizqi Aaliya, sembilan bulan, dijemput mengadap Ilahi.

Ini kerana kedua-duanya meninggal dunia selepas kereta dipandu Mohamad Hakim terbabit dalam kemalangan di Kilometer 9, Jalan Seremban-Kuala Klawang, dekat Bukit Tangga di sini, kira-kira jam 4.45 petang, kelmarin.

Kemalangan membabitka­n dua buah kereta mengakibat­kan Nur Rizqi Aaliya meninggal dunia di tempat kejadian, manakala Nadzirah pula disahkan meninggal dunia di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) ketika menerima rawatan pada jam 12.01 tengah malam, semalam.

Menceritak­an semula kejadian, Azmi, 36, yang juga abang kepada Mohamad Hakim berkata, dia menerima panggilan daripada seorang rakan memberitah­u adik bongsu bersama keluargany­a terbabit dalam nahas jalan raya sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

“Ketika itu, Nadzirah masih dalam kereta dan sudah tidak sedarkan diri, manakala bayi perempuann­ya berada dalam pelukannya. Mohamad Hakim terpaksa mengambil Nur Rizqi Aaliya daripada pelukan ibunya bagi membolehka­n pegawai perubatan membuat pemeriksaa­n, namun disahkan sudah meninggal dunia.

“Nur Rizqi meninggal dunia atas pangkuan ibunya akibat cedera parah di kepala. Selepas Nadzirah dan Nur Rizqi serta beberapa mangsa lain dibawa ke Hospital Jelebu, saya dengan bantuan orang awam membawa adik (Mohamad Hakim) ke hospital kerana dia turut cedera.

“Mohamad Hakim patah tulang rusuk dan luka di paru-paru sebelum dimasukkan ke Hospital Jelebu (HJ),

Jelebu: Polis masih menjalanka­n siasatan berhubung kemalangan meragut tiga nyawa termasuk seorang bayi perempuan selain mencederak­an enam lagi mangsa di Kilometer 9 Jalan Seremban-Kuala Klawang berhampira­n Bukit Tangga, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Jelebu Deputi

manakala Nadzirah dikejarkan ke HTJ berikutan keadaannya kritikal. Nadzirah bagaimanap­un meninggal dunia pada jam 12.01 tengah malam (semalam) ketika menerima rawatan,” katanya ketika ditemui di kediaman keluargany­a di Kampung Sungai Buloh, Simpang Durian, di sini, semalam.

Selain Nadzirah dan anak perempuann­ya Nur Rizqi Aaliya, seorang penumpang Proton Saga FLX Halimah Ludin, 64, turut meninggal dunia pada jam 8.20 malam kelmarin.

Mangsa cedera pula adalah Mohamad Hakim yang memandu Perodua Bezza serta dua penumpang belakang iaitu lelaki warga Indonesia dikenali Superinten­dan Othman Basri berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987 bagi mengenal pasti punca kemalangan itu.

Menurutnya, dalam kejadian jam 4.45 petang itu, Nur Rizqi Aaliya Mohamad Hakim berusia sembilan bulan maut di tempat kejadian, manakala

Sairin serta Amrisal.

Turut cedera pemandu Proton Saga FLX, Mohd Azrulnizam Azhari, 31, isterinya Nurul Sham Sinar Rosdi, 29, anak perempuan mereka Nur Aina Nasuha, 3, manakala Muhammad Aqeef Naufal, lapan bulan tidak cedera.

Azmi berkata, jenazah dua beranak selamat dikebumika­n dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Buloh di sini, selepas solat Zuhur, semalam.

Katanya, dia bersimpati dengan nasib menimpa anak bongsu daripada empat beradik itu kerana kehilangan isteri dan anak kesayangan dalam sekelip mata.

“Walaupun adik saya diuji ibunya Nadzirah Mohamad Syukur, 26, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban pada jam 12.01 tengah malam semalam.

Katanya, seorang lagi mangsa Halimah Ludin, 64, pula meninggal dunia di Hospital Jelebu pada jam 8 malam kelmarin.

Allah dengan kehilangan dua insan paling disayangi, tetapi dia masih cekal dan tabah. Dia turut merayu untuk keluar wad bagi menatap wajah arwah isteri dan anaknya itu buat kali terakhir,” katanya

dalam nada sebak.

Sementara itu, anak perempuan Halimah, Nor Aziatun Azhari, 32, berkata ibunya bersama keluarga adik lelakinya dalam perjalanan pulang ke rumah di Kampung Durian Gasing, di sini, selepas membeli barangan untuk berniaga di Seremban.

“Abang saya menghubung­i dan memaklumka­n kejadian itu pada jam 5 petang (kelmarin). Ketika kejadian, abang memandu van mengekori mereka di belakang. Selepas kejadian, ibu saya masih sedar dan memberitah­u dia tidak sakit.

“Namun, ketika dibawa melakukan ujian sinaran-X, tiba-tiba ibu tidak sedarkan diri dan dibawa ke wad kecemasan. Doktor kemudian memberitah­u ibu tidak dapat diselamatk­an dan meninggal dunia,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Jelebu, semalam.

 ??  ?? AHLI keluarga mangsa membawa jenazah Nur
Rizqi keluar dari Hospital Jelebu untuk
dikebumika­n.
AHLI keluarga mangsa membawa jenazah Nur Rizqi keluar dari Hospital Jelebu untuk dikebumika­n.
 ??  ?? MOHAMAD Hakim memimpin bacaan doa dan tahlil di samping jenazah Nur Rizqi yang terlibat dalam kemalangan.
MOHAMAD Hakim memimpin bacaan doa dan tahlil di samping jenazah Nur Rizqi yang terlibat dalam kemalangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia