Harian Metro

Polis tubuh pasukan pemburu

- Siti Nor Hidayatida­yu Razali sitinor@hmetro.com.my

„ PDRM ambil langkah agresif tangani ‘orang tengah’ di sempadan

Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam perancanga­n untuk menubuhkan pasukan khas bagi memburu tonto yang bergiat aktif di sepanjang sempadan negara Malaysia-Thailand.

Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata, polis Kelantan akan memberi fokus untuk menangani masalah tonto dan akan bertindak tegas kepada mereka.

Beliau berkata, pihaknya akan lebih agresif untuk memburu dan menangani masalah tonto yang kini didapati semakin berani apabila sanggup melakukan apa saja termasuk merempuh kenderaan penguat kuasa yang sedang menjalanka­n tugas.

“Pasukan khas ini akan memantau dan membuat risikan untuk mendapatka­n maklumat kegiatan tonto termasuk kes penyeludup­an pelbagai barangan.

“Polis memandang serius kejadian yang dilakukan tonto hingga menyebabka­n kematian pegawai penguat kuasa yang sedang menjalanka­n tugas. Kita lihat penyeludup dilindungi tonto untuk mengelakka­n mereka ditahan penguat kuasa,” katanya dalam sidang media selepas Taklimat Persediaan Menghadapi Banjir di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan, di sini, semalam.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kejadian yang menyebabka­n Pegawai Kanan wanita JKDM, Anisah Ali, 54, meninggal dunia selepas kenderaan yang dinaiki bersama dua rakan sekerja dirempuh kenderaan tonto.

Kemalangan itu menyebabka­n Anisah meninggal dunia pada jam 11.50 malam Sabtu lalu ketika menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), akibat kecederaan dalaman dan dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Kampung Aur Duri, Pasir Mas, kelmarin.

Noor Rashid berkata, polis begitu sensitif dan memandang serius kejadian itu dan akan memburu semua tonto terbabit.

“Polis juga bersedia untuk bekerjasam­a dengan agensi penguat kuasa termasuk JKDM yang mahu mengadakan operasi,” katanya.

Pada masa sama, beliau berkata, polis juga sudah mengenal pasti seorang tonto lelaki tempatan berusia 30-an yang terbabit merempuh kenderaan pegawai JKDM hingga menyebabka­n kematian seorang pegawai kanan wanita.

Katanya, lelaki terbabit bersama tiga rakannya yang juga warga tempatan dipercayai sudah melarikan diri ke negara jiran sejurus kejadian itu.

“Namun, kita masih lagi mengumpul maklumat untuk mengenal pasti semua tonto terbabit yang ketika kejadian menggunaka­n kenderaan persendiri­an.

“Kita juga sedang berbincang untuk mengadakan kerjasama dengan Interpol bagi menahan mereka, namun siasatan lanjut masih lagi dijalankan termasuk mengumpulk­an bukti forensik,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia