Harian Metro

Penduduk sanggup jadi tali barut

-

Pasir Mas: “Lebih kurang tiga kali sehari mereka (tonto) lalu kawasan ini yang terdiri dalam kalangan penduduk tempatan juga,” kata Kamal, 50-an.

Dia yang berasal dari Kampung Simpangan, di sini, memaklumka­n kegiatan tonto di kawasan itu bukan baru, memandangk­an ada yang dilakukan penduduk kampungnya dan dari kampung berhampira­n.

Akuinya, ada penduduk yang berani menjadi pelindung kegiatan penyeludup­an haram kerana mendakwa mampu memperoleh pendapatan mudah.

“Jumlah ini berubah mengikut masa dan ada satu ketika aktiviti mereka lebih lima kali sehari,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Menurutnya, tugas utama tonto adalah mengiringi dan melindungi penyeludup daripada ditangkap pihak berkuasa.

“Aktiviti mereka bergantung kepada kegiatan penyeludup­an yang berlaku, contohnya penyeludup menyeludup barang terlarang sebanyak tiga kali sehari maka mereka akan bergerak tiga kali sehari dan sebaliknya.

“Biasanya kenderaan pacuan empat roda digunakan, namun begitu banyak lagi kenderaan yang digunakan oleh tonto termasukla­h kereta mewah,” katanya.

Beliau berkata, mereka tidak bergerak secara berkumpula­n, namun satu perjalanan dalam melindungi penyeludup biasanya membabitka­n beberapa buah kenderaan.

Katanya, jika tempat untuk menghantar barang yang diseludup itu jauh, mereka akan guna dua atau tiga buah kenderaan yang terdiri daripada pelbagai jenis.

“Malah ada juga tonto yang menggunaka­n motosikal, namun tugas mereka biasanya hanya memantau jalan sama ada boleh di lalui atau tidak.

“Kebanyakan mereka (tonto) terdiri daripada penyeludup itu sendiri yang sama-sama cari makan melalui aktiviti ini,” katanya.

Tinjauan Harian Metro sepanjang jalan Kasban, Pasir Mas-Tumpat, yang dikatakan sentiasa menjadi laluan utama tonto didapati lengang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia