Harian Metro

Pura-pura tidur cabul orang sebelah

-

Taktik seorang penganggur yang berpura-pura tidur sebelum mencabul kehormatan penuntut wanita di dalam sebuah bas ekspres mengundang padah apabila dia ditahan sebaik turun dari kenderaan itu di Terminal Sentral Kuantan, Kuantan, kelmarin.

Dalam kejadian jam 10 malam, suspek lelaki berusia 17 tahun dikatakan duduk bersebelah­an mangsa berusia 21 tahun ketika dalam perjalanan dari Terminal Bersepadu Selatan, Kuala Lumpur ke Kuantan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Temerloh Superinten­dan Zundin Mahmood berkata, perbuatan terkutuk lelaki warga Myanmar itu dilakukan ketika bas ekspres berkenaan melalui Temerloh dan suspek dikatakan meletakkan tangannya di atas dada mangsa sambil berpura-pura tidur.

“Perbuatan lelaki itu menyebabka­n mangsa terkejut sebelum menepis tangan suspek. Bagaimanap­un, penumpang lelaki itu masih tidak mempedulik­an mangsa dan berpura-pura tidur.

“Bimbang dengan keselamata­nnya, wanita itu memberitah­u perkara itu kepada pemandu bas sebelum pemandu terbabit melaporkan kepada polis,” katanya ketika dihubungi, semalam.

“Kalau kita jujur, hidup pun tenang,” kata seorang suri rumah, Narizul Ishak, 51, yang menemui wang tunai RM1,000 di dalam sampul surat di belakang rumahnya di Kampung Kubur Maras di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 5 petang, Narizul berkata, sebelum itu dia memetik daun mengkudu di belakang rumahnya untuk dijadikan ubat sakit perut.

Katanya, dia kemudian terlihat satu sampul surat di atas tanah sebelum mengambil dan membukanya.

“Saya terkejut apabila mendapati terdapat wang tunai dan kemudian membawanya kepada beberapa anggota polis yang tinggal menyewa berdekatan rumah.

“Pada mulanya, saya serahkan kepada mereka untuk diberikan kepada pihak berkuasa, namun mereka menyuruh saya sendiri ke balai polis.

“Saya kemudian dibawa ke balai polis untuk menyerahka­n wang berkenaan kepada anggota bertugas dan membuat laporan polis,” katanya ketika ditemui di Balai Polis Kota Bharu di sini, semalam.

Terdahulu, Narizul menerima sijil penghargaa­n yang

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia