Harian Metro

Tak berdaftar

- Nur Saliawati Salberi nursaliawa­ti @mediaprima.com.my

„ Pemilik rumah jagaan didenda RM4,000

Seorang lelaki yang juga pemilik rumah jagaan orang tua didenda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam selepas mengaku bersalah atas tuduhan menampar wanita warga emas dijaganya selain tidak mendaftark­an pusat jagaan itu secara sah.

Tertuduh M Seghar, 56, membuat pengakuan berkenaan selepas faham atas kedua-dua pertuduhan terhadapny­a yang dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Analia Kamaruddin.

Mengikut

pertuduhan, Seghar didakwa tidak mendaftark­an pusat jagaan di Jalan Klebang Besar dengan cara yang sah sekitar 2013.

Kesalahan didakwa mengikut Seksyen 5 (2) Akta Pusat Jagaan 1993 yang memperuntu­kan hukuman denda sehingga RM10,000 atau penjara dua tahun jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabka­n cedera terhadap seorang warga emas berusia 75 tahun dengan menggunaka­n tangan di sebuah rumah jagaan orang tua di Jalan Klebang Besar, kira-kira jam 3 petang, 8 Ogos lalu.

Lelaki berkenaan didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kan hukuman penjara sehingga setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa Asisten Superinten­dan Nora Yaacob, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Seghar merayu hukuman terhadapny­a diringanka­n, namun pihak pendakwaan memohon mahkamah menjatuhka­n hukuman setimpal atas perbuatan tertuduh.

Mahkamah kemudian mengarahka­n Seghar didenda RM2,000 bagi setiap pertuduhan dan tertuduh kemudian menjelaska­n denda berkenaan.

 ??  ?? SEGHAR dijatuhi hukuman denda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret selepas mengaku bersalah atas tuduhan menampar wanita warga emas dijaganya.
SEGHAR dijatuhi hukuman denda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret selepas mengaku bersalah atas tuduhan menampar wanita warga emas dijaganya.
 ??  ?? LAPORAN Harian Metro 6 Oktober lalu.
LAPORAN Harian Metro 6 Oktober lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia