Harian Metro

Mengaku tak bersalah terbabit 16 pertuduhan rasuah

- Recqueal Raimi hmkk@hmetro.com.my

Seorang penolong pegawai keselamata­n mengaku tidak bersalah atas 16 pertuduhan rasuah berjumlah

RM201,351 di Mahkamah Khas Rasuah, semalam.

Tertuduh, Mohamad Don Adi Morshidi, 34, membuat pengakuan itu di depan Hakim Nixon Kennedy Kumbong.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 165 Seksyen Keseksaan kerana menerima barang berharga daripada individu yang mempunyai urusan perniagaan dengan kerajaan.

Mohamad Don ketika ini yang bertugas di Pahang, dituduh melakukan kesalahan itu ketika bertugas di Hospital Umum Sarawak (HUS), Kuching.

Mengikut kertas pertuduhan, dia didakwa menunaikan cek berjumlah RM201,351 tanpa balasan daripada Kassim Rosli yang mempunyai hubungan kerja rasmi dengan tertuduh.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu sejak 20 Januari hingga 16 Disember 2014 dengan 15 cek ditunaikan di Public Bank Cawangan Stutong di Jalan Setia Raja dan satu di Alliance Bank, Jalan Abell.

Bagaimanap­un, tujuan pembayaran tidak dinyatakan dalam kertas pertuduhan.

Sebelum itu, dalam kamar mahkamah, tertuduh merayu supaya tarikh sebut semula kes dibuat pada Mei tahun depan dan diberi jaminan mahkamah kerana ingin mengumpul wang untuk membiayai peguam.

Bagaimanap­un, hakim menetapkan jaminan mahkamah sebanyak RM16,000 dengan RM6,000 perlu didepositk­an ke mahkamah dengan dua penjamin tempatan.

Tarikh sebutan semula ditetapkan pada 11 November dengan perbicaraa­n ditetapkan pada 14, 16 dan 17 November.

“Kami belum dimaklumka­n polis sama ada buaya yang ditangkap seorang individu itu adalah reptilia sama yang dipercayai membaham ahli keluarga kami.

“Setakat ini, kami belum tahu apa-apa,” kata Josie Pongki, 42, bapa kepada Herin Lung, 28, yang mayatnya ditemui penduduk kampung dalam keadaan kaki dan tangan kanannya putus dipercayai dibaham buaya di Sungai Langkon, minggu lalu.

Difahamkan, seorang individu dikenali sebagai ‘Kepala Besi’ berjaya menangkap buaya berkenaan di sungai selepas memasang umpan ayam.

Josie berkata, ahli keluargany­a sudah dimaklumka­n polis mengenai penangkapa­n seekor buaya, namun masih belum mendapat kepastian sama ada ia reptilia sama yang membaham anaknya sebelum ini.

“Kami belum dimaklumka­n sama ada badan reptilia itu sudah dipotong atau belum, malah kami sekeluarga juga masih menunggu panggilan daripada polis,” katanya.

Menurutnya, jika buaya itu bukan reptilia yang dicari, keluargany­a bersedia menerima bantuan daripada mana-mana pihak yang boleh membantu menangkap reptilia berkenaan.

Katanya, ia bagi mendapatka­n semula anggota badan anaknya yang hilang dan belum ditemui.

Dalam kejadian minggu lalu, Herin yang memanah ikan bersama dua rakannya di Sungai Langkon, mati akibat dibaham buaya di muara sungai berkenaan.

Kejadian itu disedari dua rakan mangsa yang turut bergelut dengan reptilia ganas itu sebelum seorang daripada mereka berjaya mendapatka­n bantuan penduduk kampung.

„ Bapa tak pasti reptilia ditangkap adalah sang bedal bunuh anak

Mayat mangsa kemudian ditemui dalam keadaan tertiarap dengan kaki dan

tangan kanannya putus di tebing Sungai Marudu Darat, satu kilometer dari lokasi

mangsa dilaporkan hilang pada keesokan harinya.

 ??  ?? BUAYA jantan yang dipercayai membaham Herin Lung, minggu lalu berjaya ditangkap. LIM menunjukka­n tangan milik Herin
Lung.
BUAYA jantan yang dipercayai membaham Herin Lung, minggu lalu berjaya ditangkap. LIM menunjukka­n tangan milik Herin Lung.
 ??  ?? MOHAMAD Don diiringi dua pegawai SPRM keluar dari Mahkamah Khas Rasuah Kuching.
MOHAMAD Don diiringi dua pegawai SPRM keluar dari Mahkamah Khas Rasuah Kuching.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia