Harian Metro

Sekolah 52 tahun berapi

- Harun Yahya dan Khalid Latip am@hmetro.com.my

„ Bangunan terlalu usang dibina pada 1964 terbakar dipercayai akibat litar pintas

Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Sugai, di sini, dipercayai terbakar akibat litar pintas semalam berikutan bangunanny­a terlalu usang.

Kejadian jam 3.12 petang menyebabka­n dua blok bangunan sekolah yang menempatka­n enam bilik darjah, bilik guru, pusat sumber dan pejabat pentadbira­n berkenaan musnah terbakar.

Guru Besar Rambli Jidi, 50, berkata, sekolah yang berusia 52 tahun itu antara sekolah dirancang untuk digantikan dengan Sistem Binaan Berindustr­i (IBS) di Sarawak.

“Sekolah itu dibina pada 1964 dan sekarang berusia 52 tahun. Kami baru saja menghantar laporan dan gambar kerosakan di sekolah itu minggu lalu kepada Pejabat Pendidikan Daerah Julau sebagai proses pelaksanaa­n IBS nanti.

“Saya percaya kebakaran berpunca akibat litar pintas kerana tiada sesiapa berada dalam bangunan itu kerana tamat sesi persekolah­an,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Ramli berkata, ketika kejadian, semua murid kembali ke asrama sekolah, manakala sebahagian murid berlatih di padang sekolah.

“Murid yang berada di padang sekolah ketika itu menjalani latihan sukan untuk kejohanan rumah sukan sekolah itu.

“Sesi persekolah­an dijalankan seperti biasa selepas ini dan murid yang terjejas akibat kebakaran akan ditempatka­n di blok yang sebelum ini bilik kelas Kemahiran Hidup, penyimpana­n buku teks dan makmal sains,” katanya.

Difahamkan, sekolah itu mempunyai 174 murid selain 29 guru dan kakitangan.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintangor Nicholas Belulin berkata, sepasukan anggota dengan kekuatan 19 anggota dan tiga jentera tiba di tempat kejadian jam 4.22 petang.

“Kami juga dibantu anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sarikei dalam operasi memadam kebakaran di lokasi yang terletak 53 kilometer dari Bintangor.

“Kebakaran itu mengakibat­kan satu blok bangunan sekolah musnah 100 peratus, manakala sebuah lagi blok yang menempatka­n pejabat pentadbira­n sekolah musnah 90 peratus,” katanya.

Katanya, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan kebakaran dapat dikawal jam 5.25 petang tadi.

 ??  ?? KEADAAN SK Sungai Sugai yang terbakar, semalam.
KEADAAN SK Sungai Sugai yang terbakar, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia