Harian Metro

Tujuh lelaki ditahan dalam stor baja

- Nazdy Harun am@hmetro.com.my

Tujuh lelaki ditahan selepas serbuan di stor simpanan baja di sini, kelmarin menjumpai dua senapang tiruan dan puluhan peluru selain sejumlah dadah.

Operasi jam 10.30 malam oleh anggota

Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) pada awalnya bagi menyerbu stor berkenaan yang disyaki menjadi port penagih dadah.

Bagaimanap­un, polis turut menemui dua senapang tiruan berserta 44 peluru penabur besi dan 10 guli kaca.

Ketua Polis Daerah Superinten­dan Mohd

Kamil Sukarmi berkata, stor baja itu dipercayai dijadikan port melepaskan gian penagih dadah.

“Kami menahan tujuh lelaki berusia antara 20-an hingga 40-an yang berada dalam stor terbabit. Mereka terdiri daripada tiga warga Myanmar dan empat rakyat tempatan yang tidak mempunyai pekerjaan tetap,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya turut menemui syabu seberat 5.3 gram selain 2.3 gram ganja dalam poket seluar antara suspek ditahan itu.

“Kakak duduk berhampira­n alur sungai dalam keadaan lemah ketika ditemui pasukan mencari dan menyelamat,” kata Mustafa Jusoh, 66, adik tiri Bidah Ibrahim, 73, yang hilang sejak petang Sabtu lalu selepas keluar mencari ulam di Kampung Tengkawang, di sini.

Bidah ditemui pasukan mencari dan menyelamat jam 3.10 petang berhampira­n Sungai Telemong, dekat Bukit Kundur, tiga kilometer dari rumahnya.

Mustafa berkata, adiknya, Aziz Jusoh, 64, yang turut menyertai operasi itu terkejut apabila menemui kakaknya dalam keadaan lemah.

“Jarak antara sungai dengan rumah kakak hanya 700 meter tetapi ketika ditemui, dia berada pada jarak tiga kilometer dari kediamanny­a.

“Saya pelik bagaimana kakak boleh berjalan sejauh itu dan menyeberan­gi sungai selebar 30 meter itu kerana faktor usianya.

“Bagaimanap­un, saya bersyukur kerana kakak selamat dan tiada kejadian buruk menimpanya sepanjang kehilangan­nya tiga hari lalu,” katanya yang turut berterima kasih pada pihak yang mencari kakaknya.

Dalam pada itu, anak bongsu mangsa, Razani Mamat, 41, berkata, dia bersama tiga lagi adik-beradik lain bersyukur ibu mereka

 ??  ?? EMPAT daripada tujuh suspek yang ditahan.
EMPAT daripada tujuh suspek yang ditahan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia