Harian Metro

Anina tarik balik saman pemula terhadap UMNO Rindu terbawa dalam mimpi

- Khairul Najib Asarulah Khan am@hmetro.com.my

Bekas ahli Pergerakan Wanita UMNO Langkawi Anina Saadudin menarik balik saman pemula terhadap UMNO berhubung pemecatann­ya daripada parti berkenaan.

Peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla yang mewakili Anina berkata, penarikan itu berikutan pemecatan terbabit sudah tidak menjadi isu.

Menurutnya, anak guamnya kini menjadi ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) menyebabka­n saman itu tidak lagi relevan.

Semalam ditetapkan untuk pengurusan kes saman pemula bagi mencabar pemecatan Anina di Mahkamah Tinggi, di sini.

Kes disebut di kamar Pesuruhjay­a

Kehakiman Datuk Roslan Abu Bakar.

“Papa rindu mendengar gelak ketawa Aboy sehingga terbawa dalam mimpi. Papa doakan Aboy cepat sembuh,” kata Muhamad Shukor Zulkiflee, 27, bapa kepada Mohamad Kisli Naqit, 18 bulan yang melecur teruk di muka dan badan akibat terkena air panas di Flat Lobak, di sini, Rabu lalu.

Mohamad Kisli Naqit yang mesra dengan panggilan Aboy sebelum ini dirawat di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ), Seremban, tetapi dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada keesokkann­ya berikutan tiada pakar kulit di hospital terbabit.

Dalam kejadian jam 8 malam, Mohamad Kisli Naqit menarik saluran gas menyebabka­n dapur bergerak lalu air mendidih tumpah ke atasnya.

Muhamad Shukor berkata, dia bersyukur disebabkan anaknya kini sudah menunjukka­n perkembang­an positif.

“Doktor juga sudah membuka saluran tiub yang dimasukkan ke kerongkong­nya pagi tadi (semalam) disebabkan Aboy sudah boleh makan. Sejak masuk hospital, Aboy tidak boleh makan disebabkan kesakitan hingga memaksa doktor memberi

„ Muhamad Shukor teringat gelak ketawa Aboy melecur kena air panas

susu menerusi saluran itu.

“Walaupun Aboy boleh makan makanan lembut, namun saya mengharapk­an dia sembuh seperti sedia kala,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Katanya, dia lega apabila hasil pemeriksaa­n doktor terhadap kedua-dua mata anaknya mendapati tiada kecederaan.

“Bengkak di mukanya mula kurang, namun doktor tidak pasti berapa lama Aboy akan pulih sepenuhnya,” katanya.

Dalam pada itu, Muhamad Shukor berkata, dia kesal terhadap sikap segelintir masyarakat yang mencemuh dirinya dan isteri kerana dikatakan cuai.

“Tiada ibu bapa mahukan kejadian seperti ini berlaku. Ia meninggalk­an kesan mendalam terhadap saya dan isteri. Sikap netizen menyalah dan memarahi kami memberi tekanan,” katanya.

 ??  ?? MOHAMAD Kisli yang melecur di muka dan badan
sudah menunjukka­n perkembang­an positif.
MOHAMAD Kisli yang melecur di muka dan badan sudah menunjukka­n perkembang­an positif.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia