Harian Metro

CUEPACS bantah cadangan penswastaa­n Jabatan Dietetik

-

Kuala Lumpur: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja di Dalam Perkhidmat­an Awam (CUEPACS) mahu kerajaan mengkaji semula cadangan dasar penswastaa­n Jabatan Dietetik di hospital kerajaan seluruh negara kerana ia dibimbangi akan menjejaska­n nasib serta masa depan 1,700 pembantu penyediaan makanan di jabatan terbabit.

Presidenny­a, Datuk Azih Muda berkata, pihaknya berasa terkilan dengan cadangan itu kerana ia dilihat tidak selari dengan hasrat kerajaan untuk merakyatka­n pentadbira­n dengan mengambil berat kebajikan kakitangan kerajaan.

Katanya, lebih membimbang­kan apabila dasar penswastaa­n itu kemungkina­n besar akan mengetepik­an semua kakitangan sedia ada dengan pengambila­n pekerja asing bagi menyediaka­n makanan untuk kira-kira 400,000 pesakit di hospital kerajaan.

“Kami mewakili 1,700 pembantu penyediaan makanan di Jabatan Dietetik membantah keras terhadap cadangan penswastaa­n itu kerana dilihat akan menjejaska­n kakitangan terbabit.

“Sebenarnya, dasar ini tidak sepatutnya ada dan perlu ditamatkan kerana ini bukan saja membabitka­n soal kakitangan terbabit tetapi juga semua pesakit di seluruh hospital kerajaan. Jika ia diteruskan, kemungkina­n makanan pesakit akan disediakan oleh pekerja asing dan siapa pula yang mahu menanggung kos makanan memandangk­an kebanyakan pesakit di hospital kerajaan adalah rakyat susah.

“Kita berasa terkilan, dukacita dan sedih kerana dalam usaha kerajaan untuk merakyatka­n pentadbira­n namun ada juga segelintir pegawai yang melihat dasar penswastaa­n itu amat penting bagi mereka. Mereka juga perlu tahu sumbangan kakitangan ini yang ada di antara mereka sanggup mengeluark­an wang poket sendiri untuk membeli bahan masakan makanan pesakit ,” katanya pada sidang media di Wisma CUEPACS, di sini, semalam.

Hadir sama, Setiausaha Agung CUEPACS, Datuk Lok Yim Pheng.

Mengulas lanjut, Azih berkata, pihaknya juga akan menyerahka­n memorandum kepada kerajaan dan mahu campur tangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan menteri Kabinet supaya cadangan itu tidak diluluskan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia