Harian Metro

Si bulu teman sejati manusia

- Syazwan Msar mohdsyazwa­n@hmetro.com.my

„ Kelab Kucing Malaysia anjur pelbagai kempen di seluruh negara elak penganiaya­an

Kucing adalah teman paling rapat dengan manusia, malah boleh menjaga seterusnya memahami perasaan tuannya jika berada dalam keadaan sedih, marah atau gembira.

Kelebihan yang dimiliki kucing itu menyebabka­nnya menjadi pilihan utama kebanyakan pencinta haiwan berikutan memiliki sifat manja dan penyayang kepada pemiliknya.

Kebanyakan peminat kucing di negara ini lebih memilih baka Parsi, Bengal dan Maine Coon sebagai haiwan peliharaan berikutan bulunya yang unik serta cantik, selain manja dengan tuannya.

Namun, jika disebut Selkirk Rex Shorthair pasti tidak ramai mengenali dan mungkin ada yang tidak pernah mengetahui kewujudann­ya berikutan baka berkenaan tidak popular berbanding yang lain.

Kebanyakan peminat kucing di negara ini tidak mengenali baka berkenaan yang sebenarnya mempunyai keunikan tersendiri iaitu bulunya seperti biri-biri yang berpintal-pintal.

Antara pemilik kucing jenis berkenaan ialah Izaddin Syah Yusof, 40, yang kini mempunyai enam kucing Selkirk Rex Shorthair yang dibelinya di Hong Kong, Australia, Thailand dan Amerika Syarikat.

Berikutan baka kucing berkenaan jarang ditemui menyebabka­n Izaddin sering menyertai pameran atau pertanding­an kucing yang dianjurkan Kelab Kucing Malaysia di seluruh negara.

“Kebanyakan orang ramai yang melihat kucing berkenaan pasti berasa pelik kerana bulunya berpintal seolah-olah tidak dimandi atau dijaga dengan sempurna.

“Namun, sebenarnya itu adalah ciri utama kucing berkenaan, malah bulunya juga tidak sama seperti baka lain yang lebih lembut serta lebat,” katanya.

Izaddin berkenaaan, pertanding­an dan pameran kucing anjuran Kelab Kucing Malaysia memberi ruang dan peluang kepadanya bertukar fikiran dan pendapat berkaitan penjagaan haiwan peliharaan itu.

“Stigma masyarakat mengatakan menjaga kucing import adalah susah dan leceh, namun ia sebenarnya tidaklah sukar jika kita mengetahui kehendak serta keperluann­ya.

“Oleh itu, penting jika kita dapat berkongsi idea dan pengalaman bersama peminat kucing lain kerana mereka boleh mengemukak­an pendapat masing-masing demi memastikan haiwan peliharaan itu dijaga sempurna,” katanya.

Menurutnya, puluhan ribu dihabiskan untuk menjaga kucing berkenaan namun ia berbaloi demi memastikan haiwan itu mempunyai nutrisi yang cukup dan terhindar daripada pelbagai penyakit.

“Kelab Kucing Malaysia juga ada menganjurk­an forum atau seminar dalam memperting­katkan pengetahua­n mengenai penjagaan kucing dengan betul,” katanya.

 ??  ?? IZADDIN bersama kucing Selkirk Rex
Shorthairn­ya.
ADA peminat sanggup berbelanja besar untuk memelihara kucing.
IZADDIN bersama kucing Selkirk Rex Shorthairn­ya. ADA peminat sanggup berbelanja besar untuk memelihara kucing.
 ??  ?? PENGUNJUNG berpeluang melihat pelbagai jenis dan gelagat kucing pada pameran.
PENGUNJUNG berpeluang melihat pelbagai jenis dan gelagat kucing pada pameran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia