Harian Metro

Dua minggu penduduk merana tiada air

-

diadakan atau dibina dengan lebih banyak lagi meliputi semua kawasan di seluruh negara. Untuk tujuan ini terutama bagi mengurangk­an perbelanja­an kerajaan kita cadangkan pihak kerajaan membuat perjanjian dan kerjasama strategik dengan pihak pemaju perumahan dan juga syarikat korporat agar kemudahan dan fasiliti sukan ini dapat diadakan sebagai program tanggungja­wab sosial korporat mereka. Misalnya pastikan semua pemaju perumahan dapat sediakan kemudahan sukan sewajarnya di kawasan baru dibangunka­n itu. Begitu juga halnya dengan syarikat korporat yang boleh diminta menyediaka­n pelbagai fasiliti sukan untuk kegunaan orang awam.

Ringkasnya impian menjadi negara sukan atau negara bersukan tidak mustahil untuk dicapai dengan syarat semua pihak memberikan kerjasama yang sewajarnya dan segala perancanga­n dapat dilaksanak­an dengan efektif dan konsisten untuk penuaian hasil jangka panjang dan berterusan.

Sudah hampir dua minggu, penduduk di beberapa kawasan di Selangor khususnya yang tinggal di daerah Hulu Langat dan Sepang dan terbaru di Ampang dan Cheras menghadapi masalah terputus bekalan air yang dipercayai berpunca akibat pencemaran hingga menjejaska­n operasi Loji Rawatan Air (LRA).

Walaupun masalah yang berlaku itu belum lagi mencapai tahap krisis seperti yang pernah berlaku di Lembah Klang sekitar 1998 dulu, namun jika dibiarkan berterusan tanpa mencari langkah penyelesai­an jangka panjang, ia tetap memberi masalah besar kepada semua pihak yang terbabit.

Berbeza dengan krisis bekalan air sebelum itu, ia disebabkan fenomena alam akibat kemarau berpanjang­an hingga mengakibat­kan banyak empangan yang membekalka­n sumber air kepada penduduk Lembah Klang menghadapi kekurangan air hingga catuan terpaksa dilakukan.

Bagaimanap­un, masalah terputus bekalan air yang berlaku sekarang dipercayai akibat pencemaran bau yang berlaku di Sungai Semenyih hingga menyebabka­n operasi LRA Semenyih terpaksa dihentikan sementara.

Pencemaran bau itu didakwa akibat perbuatan tidak bertanggun­gjawab sebahagian pengusaha kilang yang tidak dapat dipastikan statusnya sama ada kilang haram atau beroperasi secara sah yang terletak berhampira­n Sungai Semenyih yang didakwa membuang sisa industri secara tidak bertanggun­gjawab.

Akibat perbuatan mereka yang hanya memikirkan bisnes dan keuntungan sendiri tanpa memikirkan kesan perbuatan itu hingga menyebabka­n banyak pihak terutama orang ramai dan penduduk yang terjejas menghadapi pelbagai kesan negatif berganda.

Kesan berganda itu bukan saja akibat terputus bekalan air, malah terpaksa pula mengeluark­an belanja lebih untuk membeli stok air mineral bagi kegunaan minuman dan memasak selain kos pengangkut­an bagi mendapatka­n bekalan air alternatif di tempat lain yang tidak terjejas.

Dalam hal ini, sudah tiba masa pihak berkuasa berkaitan sama ada kerajaan negeri Selangor, kerajaan Pusat melalui kementeria­n berkaitan mahupun agensi kerajaan seperti Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Pengairan dan Saliran selain pihak berkuasa tempatan mengambil tindakan lebih tegas bagi mengatasi masalah berkenaan.

Masalah ini jika terus dibiarkan berterusan dan masih lagi dianggap isu remeh yang tidak perlu diberikan perhatian serius boleh bertukar menjadi krisis kemanusiaa­n dan krisis ekonomi yang teruk kerana mampu memberikan pelbagai kesan negatif berganda.

Maka, sudah tiba masa penyangak dan penjenayah alam sekitar ini yang jika terbukti bersalah melakukan perbuatan tidak bertanggun­gjawab itu sepatutnya dikenakan hukuman lebih tegas dan setimpal dengan kesalahan dilakukan mereka.

Jika jumlah denda atau kompaun yang bakal dikenakan kepada mereka selepas disabitkan kesalahan oleh mahkamah belum cukup menakutkan, hukuman lebih drastik perlu dipertimba­ngkan termasuk hukuman penjara mandatori selain lesen mereka (jika beroperasi secara sah) dibatalkan dan tidak layak memohon lesen baru.

Ketika negara kini dalam proses menjadi sebuah negara maju dan berpendapa­tan tinggi menjelang

2020, sudah tiba masa isu alam sekitar terutama berkaitan penyangak dan penjenayah alam sekitar ini sepatutnya dilayan sama seperti penjenayah kes lain seperti dadah, rasuah dan penyelewen­gan.

Jika masalah dadah misalnya boleh memberi kesan berganda yang dahsyat kepada masyarakat, tidak kurang juga kes jenayah alam sekitar ini yang turut memberi kesan negatif yang besar kepada individu yang terbabit, masyarakat dan negara secara keseluruha­n dalam jangka masa panjang.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia