Harian Metro

Harta, ilmu

-

„ Manusia perlu guna kurniaan Allah di jalan diredai-Nya

mengorbank­an harta kekayaan demi kepentinga­n agama dan ummah.

Semakin banyak yang beliau keluarkan untuk sumbangan terhadap perjuangan Islam dan kepentinga­n umat Islam, semakin banyak pula

Allah tambahkan rezeki dalam perniagaan­nya.

Justeru, sikap dan tindakan terpuji sahabat Rasulullah SAW ini sewajarnya menjadi contoh ikutan buat seluruh umat Islam yang bergelar usahawan.

Beliau sangat layak dijadikan mentor buat mereka yang bergelar usahawan. Meneladani jejak langkahnya pasti akan membantu perniagaan diusahakan seseorang itu bertambah maju dan yang penting beroleh keberkatan daripada Allah.

Kemudian, kita lihat pula ketekunan dan kejayaan cerdik pandai Islam terdahulu. Sebagai contoh, Ibnu Sina yang cemerlang dalam ilmu perubatan. Beliau memanfaatk­an ilmunya demi ketinggian agama Islam dan kesejahter­aan ummah.

Beliau terkenal seantero dunia. Buku dan hasil penemuanny­a kekal menjadi rujukan ulung dalam kalangan ilmuwan dari dulu hingga kini.

Menariknya, pada catatan perjalanan hidup Ibnu Sina, beliau tidak menjadikan ilmu perubatan dan kedoktoran yang Allah kurniakan kepada dirinya untuk kepentinga­n diri sendiri.

Sebaliknya, beliau tanpa jemu mencurahka­n ilmunya kepada yang lain.

Ibnu Sina boleh kita umpamakan sebagai Ensikloped­ia Hidup kerana ilmunya yang tinggi.

Siapakah saintis pertama menemui enam otot bertindak mengawal gerakan bola mata? Siapakah pakar perubatan pertama dunia merintis kajian penyakit saraf? Siapakah mula menggunaka­n ubat bius dalam pembedahan?

Maka, kita pasti tersenyum sendirian tatkala mengetahui bahawa rupa-rupanya orang Islam. Umat Nabi Muhammad SAW yang menjadi pelopornya iaitu Ibnu Sina. Tidak ada yang mustahil dalam pemikiran beliau.

Segala-galanya boleh diterokai asalkan berani berusaha dan sentiasa gigih mengkaji. Namun, yang lebih menarik untuk kita jadikan bahan renungan ialah sikap rendah dirinya tetap kekal meskipun bergelar pakar rujuk utama dalam bidang ilmu.

Maka, tidak hairanlah apabila beliau antara lain pernah berkata: “Aku lebih suka hidup berkat dan berkhidmat kepada orang ramai walaupun umurku pendek berbanding umur yang panjang, tetapi sia-sia.”

Sufyan ats-Tsauri berkata: “Ada tiga jenis manusia paling menyesal di akhirat kelak:

Orang yang memiliki hamba, ternyata amal perbuatan hambanya lebih baik pada hari kiamat kelak.

Orang yang memiliki harta yang belum sempat disedekahk­an, tetapi orang terbabit sudah menemui ajalnya, lalu diwariskan kepada orang lain, kemudian pewarisnya menyedekah­kan harta berkenaan.

Mereka yang berilmu, namun tidak mengamalka­n ilmunya atau mengajarka­n ilmu itu kepada orang lain.”

Justeru, setiap kurniaan Allah kepada kita sama ada harta kekayaan, keutuhan akal fikiran mahupun kepandaian dalam sesuatu lapangan, semuanya itu perlu dimanfaatk­an sebaik-baiknya.

Penulis ialah pensyarah Politeknik Muadzam Shah

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia