Harian Metro

PPR Lembah Subang 1 tidak terurus

- Rizanizam Abdul Hamid mrizanizam@hmetro.com.my

Kementeria­n

Kesejahter­aan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) mahu pengurusan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Lembah Subang 1 dikembalik­an kepada Kerajaan Pusat bagi tujuan penstruktu­ran semula kemudahan asas.

Menterinya, Tan Sri Noh Omar berkata, pihaknya akan bertemu dengan wakil Kerajaan Negeri Selangor (Selangor) hari ini (semalam) untuk berbincang mengenai pengambila­lihan semula pengurusan PPR berkenaan.

“Kita kesal dengan keadaan PPR terbabit yang kian daif sejak ditadbir urus Selangor lapan tahun lalu.

“Saya sendiri sudah melihat masalah sampahnya yang tidak terurus, lif rosak, tempat letak kereta tidak mencukupi dan taman permainan yang berbahaya,” katanya.

“Sejak bekalan air terputus empat hari lalu, kami sudah membelanja­kan RM600 untuk keperluan harian 18 ahli keluarga,” kata Zarina Abdul Hask dari Pandan Perdana yang terputus bekalan air sejak Jumaat lalu.

Suri rumah berusia 31 tahun itu berkata, perbelanja­an sebanyak itu terpaksa dikeluarka­n tiga keluargany­a yang tinggal di dua rumah bersebelah­an Jalan Perdana 6/5 di sini untuk kegunaan makan dan membeli air mineral.

“Bagi keluarga yang besar seperti kami seramai 18 orang termasuk dua bayi, situasi terputus bekalan air amat menyusahka­n dan merugikan bukan sahaja masa dan tenaga malah wang ringgit.

“Bila tak boleh masak sebab tiada air, terpaksala­h kami beramai-ramai keluar makan di kedai, itu pun ada kedai makan berhampira­n tidak jual air bungkus sebaliknya minuman kotak, botol atau tin sahaja sebab mereka pun terputus bekalan air.

“Itu belum dikira lagi air mineral yang terpaksa dibeli berkotak-kotak, baju yang perlu dihantar ke dobi dan kos minyak setiap kali keluar jauh dari rumah ke tempat yang ada bekalan air,” katanya ketika ditemui Harian Metro di sini semalam.

Kelmarin, Ketua Komunikasi Korporat Kumpulan Air Selangor, Amin Lin Abdullah berkata, 152 kawasan di Kuala Lumpur, sebahagian daerah Petaling dan Hulu Langat akan mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual bermula Ahad lalu.

Menurut beliau, ia berikutan pencemaran di Sungai Semantan, Pahang yang menyalurka­n sumber air mentah ke loji rawatan air Langat dan Cheras dan pihaknya telah mengambil langkah menyediaka­n bekalan air sementara bagi memastikan pengguna tidak mengalami gangguan berpanjang­an sepanjang proses pemulihan.

Keadaan itu sekali gus menjejaska­n keperluan harian ratusan ribu penduduk terutama sekitar Ampang dan Cheras.

Seorang lagi penduduk, Chin Yoke Heong, 59, berkata, walaupun Syarikat Bekalan Air Sdn Bhd (SYABAS) menyediaka­n lori tangki air untuk mengagihka­n air dari rumah ke rumah, penduduk

 ??  ?? ANTARA penduduk Taman Pandan Perdana mengambil bekalan air yang dibawa lori tangki SYABAS di Taman Pandan Perdana, Ampang.
ANTARA penduduk Taman Pandan Perdana mengambil bekalan air yang dibawa lori tangki SYABAS di Taman Pandan Perdana, Ampang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia