Harian Metro

Kenal pasti semua kilang

-

beberapa kawasan sekitar Ampang dan Cheras yang dijadualka­n mendapat bekalan air semalam, mendapati penduduk terpaksa beratur panjang sambil membawa tong dan bekas untuk mengisi air daripada lori tangki air.

Keadaan itu juga sekali sekala dilihat mencetuska­n ‘perang emosi’ apabila ada jiran mempersoal­kan jiran lain yang membawa terlalu banyak bekas air untuk mengisi air tanpa memikirkan keperluan orang lain.

Shah Alam: Kementeria­n Sumber Asli dan Alam Sekitar mengarahka­n Jabatan Alam Sekitar (JAS) di setiap negeri mengenal pasti semua kilang yang dibina atas tanah rizab sungai dan kawasan tadahan hujan.

Ia perlu bagi memastikan tidak berlaku pencemaran sungai menerusi sisa buangan premis yang menyebabka­n bekalan air terjejas seperti di Loji Rawatan Air (LRA) Langat dan Cheras.

Ia turut merangkumi kawasan taman perumahan atau kediaman penduduk yang mungkin dibina oleh syarikat perumahan di lokasi sama.

Menterinya, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, kementeria­n mengenal pasti beberapa kilang beroperasi di tepi Sungai Semantan, Pahang yang didakwa menjadi punca pencemaran di kedua-dua LRA itu.

“Namun, saya tidak mahu menuding jari kepada sesiapa dan ia bukannya berkaitan hal politik. Kita masih menunggu laporan dan siasatan lanjut mengenainy­a.

“Kerjasama kerajaan negeri diperlukan untuk memantau dan mengurus semua premis di tepi sungai sama ada berlesen atau tidak. Saya sudah mengarahka­n JAS untuk mengenal pasti kilang dan kawasan perumahan yang dibina atas tanah rizab sungai atau kawasan tadahan hujan,” katanya selepas merasmikan Management & Science University (MSU) Enviroment­al Sustainabi­lity Campaign 2016 (MESC 2016) di sini, semalam.

Hadir sama, Presiden MSU Prof Tan Sri Dr Mohd

Shukri Ab Yajid dan Naib Canselorny­a, Puan Sri Dr Junainah Abd Hamid.

Krisis air Selangor semakin meruncing apabila Kumpulan Air Selangor menutup dua lagi LRA Langat dan Cheras baru-baru ini sekali gus menyebabka­n bekalan air terjejas.

JAS Pahang menafikan pencemaran di LRA itu mempunyai kaitan dengan Sungai Semantan dan ia kemungkina­n berpunca dari lembangan Sungai Langat itu sendiri.

 ?? Chin Yoke Heong ?? Memanglah mereka (SYABAS) ada datang tapi masih tidak cukup tambahan pula bila terpaksa berebut-rebut untuk dapatkan air”
Chin Yoke Heong Memanglah mereka (SYABAS) ada datang tapi masih tidak cukup tambahan pula bila terpaksa berebut-rebut untuk dapatkan air”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia