Harian Metro

Sugul rupanya petanda ajal

-

malam di tempat kerja mereka di Cheng, kira-kira jam 6 petang kelmarin.

“Saya berasa pelik apabila wajah dua beradik itu kelihatan sugul, seperti ada perkara tidak kena, namun saya memikirkan yang positif dan membenarka­n mereka pergi ke majlis itu.

“Pada jam 12.30 tengah malam (semalam), telefon saya berdering dan ketika itu menyangka anak sudah pulang, namun berasa cemas apabila disambut suara orang lelaki (anggota polis) memaklumka­n dua beradik itu terbabit dalam kemalangan,” katanya.

Saksi kemalangan M Gunalan, 35, berkata pengguna jalan raya menghentik­an kenderaan selepas melihat seorang lelaki berlumuran darah keluar dari dalam Perodua Alza yang remuk sambil mendukung seorang anak kecil untuk mendapatka­n bantuan.

“Saya turut berhenti di bahu jalan untuk membantu dua beranak itu dan lelaki berkenaan memberitah­u mereka terbabit dalam kemalangan dengan ada ahli keluargany­a masih terperangk­ap dalam Perodua Alza dinaiki.

“Dengan bantuan pemandu lain, kami menutup laluan dan mengawal lalu lintas kerana keadaan di lokasi kemalangan agak gelap sebelum menghubung­i pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superinten­dan A Asmadi Abdul Aziz berkata, kemalangan berlaku apabila Proton Iswara dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentang­an sebelum bertembung dengan Perodua Alza dinaiki empat beranak terbabit.

“Ketika kejadian, dua beradik itu dalam perjalanan dari arah Durian tunggal menghala ke Machap dan mangsa yang cedera dikejarkan ke Hospital Melaka untuk rawatan kecemasan.

“Manakala, mayat mangsa dibawa ke Hospital Alor Gajah (HAG) bagi proses bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987,” katanya.

 ??  ?? ANGGOTA bomba mengeluark­an mangsa yang tersepit menggunaka­n alat pemotong khas. Gambar kecil, Nurul Nabila.
ANGGOTA bomba mengeluark­an mangsa yang tersepit menggunaka­n alat pemotong khas. Gambar kecil, Nurul Nabila.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia