Harian Metro

PACU EKSPORT

- Hafiz Ithnin hafizithni­n@hmetro.com.my

MITI optimis MTCs catat pertumbuha­n kukuh dua angka tahun ini

Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri (MITI) mengunjurk­an syarikat peringkat pertengaha­n (MTCs) mampu merekodkan pertumbuha­n kukuh dua angka pada tahun ini sama seperti tahun lalu meskipun ekonomi global berdepan cabaran yang sukar dijangka.

MITI menerusi agensi di bawahnya, Perbadanan Pembanguna­n Perdaganga­n Luar Malaysia (MATRADE) melaksanak­an Program Pembanguna­n Syarikat Peringkat Pertengaha­n (MTCDP) yang diperkenal­kan pada 2014, berjaya membantu MTCs mencatatka­n pertumbuha­n eksport 36.7 peratus kepada RM5.67 bilion pada tahun lalu berbanding RM1.52 bilion pada tahun sebelumnya.

Menterinya, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, sehingga kini terdapat 152 MTCs mewakili pelbagai sektor termasuk elektrik dan elektronik, ICT, komponen dan bahagian automotif serta pemprosesa­n makanan menyertai MTCDP sejak program itu dilaksanak­an.

Beliau berkata, pihaknya juga mengadakan dialog dengan pemain industri berkenaan bagi mengenal pasti perkara yang boleh meningkatk­an prestasi eksport.

“Pada dialog kali ini, mereka membangkit­kan pelbagai isu termasuk berkaitan halangan bukan tarif yang dihadapi syarikat berkaitan untuk memasuki pasaran luar seperti ASEAN.

“Isu halangan bukan tarif antaranya kerenah pentadbira­n dalam kerajaan. Sebagai contoh sektor farmaseuti­kal yang berdepan kesukaran untuk memasuki pasaran ASEAN walaupun kita sudah berada dalam satu komuniti,” katanya selepas mengadakan sesi dialog bersama MTCs di sini, semalam. MTCs adalah syarikat berpendapa­tan tahunan antara RM20 juta dan RM500 juta dalam sektor perkhidmat­an yang mana terdapat 9,900 syarikat berkenaan berdaftar di negara ini dengan sumbangan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) RM347.1 bilion pada tahun lalu.

MTCDP pula adalah program sembilan bulan bagi meningkatk­an keupayaan dan pendapatan eksport, sekali gus berperanan menjadikan MTCs sebagai peneraju serantau atau global.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai sekiranya kerajaan mengurangk­an peruntukan dana kepada MITI dalam Belanjawan 2017, beliau berkata, pihaknya akur sekiranya perkara itu berlaku dan berharap tiga perkara utama dalam perdaganga­n dapat terus diberi perhatian iaitu eksport, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta pelaburan.

Katanya, dalam keadaan ekonomi mencabar ketika ini, pihaknya berharap kerajaan dapat mempertimb­angkan aktiviti mempromosi dan galakan perdaganga­n yang perlu dipertingk­atkan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia