Harian Metro

ETCM perkenal DVR mudah guna

- Sofyan Rizal Ishak sofyan.rizal@hmetro.com.my

Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) memperkena­lkan Perakam Video Pemanduan (DVR) serba baharu yang ideal dan direka bagi menawarkan versatilit­i yang mudah digunakan untuk merakam perjalanan dan boleh didapati pada model Nissan.

Menampilka­n sudut pandangan 150 darjah dan lensa enam lapisan, kamera berkenaan mampu merakam video berdefinis­i tinggi (HD) 1,296 piksel serta fungsi sensor imej dalam kondisi cahaya yang malap membolehka­n pemandu merakam video dengan jelas.

Pengarah Pemasaran dan Perancanga­n Produknya, Tan Keng Meng berkata, pihaknya sedar ramai pemilik kenderaan mula memasang perakam video sebagai aksesori untuk membantu mengenal pasti insiden sepanjang perjalanan serta punca sekiranya berlaku kemalangan.

“Kami percaya, ETCM memenuhi keperluan ini dengan memperkena­lkan DVR yang direka berdasarka­n syarat OEM.

“Malah, pengenalan DVR ini memenuhi jangkaan pelanggan berpotensi dan sedia ada ETCM,” katanya.

Selain mudah dioperasi, DVR ini hadir bersama sambungan tanpa wayar bersama dengan telefon pintar.

Kerajaan Terengganu menjangkak­an mampu mencapai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) antara 4.8 hingga lima peratus menjelang akhir tahun dan menyasarka­n nilai pertumbuha­nnya RM41.5 bilion menjelang 2020 berbanding RM27.5 bilion tahun lalu.

Menteri Besar Terengganu, Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, pihaknya yakin mampu mencapai jumlah itu melalui kerjasama Majlis Pembanguna­n Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) yang sehingga kini berjaya menarik 71 projek pemulaan di bawah Program Transforma­si Ekonomi Negeri Terengganu (PTENT).

“Jumlah projek yang komited ini melebihi sasaran ditetapkan dan kami yakin mampu mencapai peningkata­n kepada RM41.5 bilion pada 2020,” katanya pada majlis menandatan­gani perjanjian antara kerajaan negeri Terengganu dan ECERDC bersama Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu serta Tiara View Housing Developmen­t Sdn Bhd (Tiara View), di sini, semalam.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, Datuk Wan Nawawi Wan Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif ECERDC, Datuk Seri Jebasingam Issace John dan Pengarah Tiara View, Datuk Seri Wong Tzy Jian.

Beliau berkata, kerajaan negeri bakal melancarka­n empat projek berkaitan penyelengg­araan, pembaikan dan baik pulih (MRO) dalam

 ??  ?? AKSESORI DVR memudahkan pemandu merakam perjalanan.
AKSESORI DVR memudahkan pemandu merakam perjalanan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia