Harian Metro

Sasar RM41.5b

-

„ Kerajaan Terengganu optimis capai KDNK 4.8% selepas tarik 71 projek di bawah PTENT

sektor penerbanga­n serta hab kargo, selain dua projek lain iaitu Taman Polimer Kerteh dan KTCC tahun ini.

Dalam perkembang­an sama, kerajaan negeri Terengganu mengukuhka­n kedudukann­ya sebagai destinasi pelaburan pilihan di Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) apabila membawa masuk pelaburan RM26.3 bilion bermula pada 2007 hingga September 2016 dan jumlah itu dijangka bertambah melalui dua perjanjian baru ditandatan­gani bersama ECERDC dan Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu serta Tiara View.

Perjanjian antara kerajaan negeri Terengganu dengan ECERDC dan Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu itu menyaksika­n ECERDC diberi tanggungja­wab membangun dan menguruska­n Taman Biopolimer Kerteh yang memiliki keluasan 367 hektar membabitka­n empat fasa pembinaan.

“Kami dan ECERDC kini dalam proses memuktamad­kan satu lagi pelaburan bernilai RM840 juta bagi pengeluara­n bio pelincir dan sarung tangan getah sintetik dengan nilai pelaburan RM970 juta di kawasan sama,” katanya.

Perjanjian antara kerajaan negeri dan Tiara View pula menyaksika­n Tiara View membangunk­an projek pembanguna­n bersepadu membabitka­n komponen kediaman dan komersial, unit pejabat kecil rumah kecil (SOHO), pusat beli-belah dan taman tema dengan nilai pembanguna­n kasar RM2.4 bilion di kawasan seluas 3.80 hektar.

Beliau berkata, projek dibahagika­n kepada tiga fasa pembinaan itu terletak di Muara Utara, Pusat Bandar Kuala Terengganu (KTCC) dengan fasa pertama projek akan dilaksanak­an pada 2017 dan dijangka siap sepenuhnya dalam lapan tahun akan datang serta mampu mewujudkan 1,500 peluang pekerjaan untuk rakyat.

 ??  ?? AHMAD Razif (dua kanan) dan Jebasingam (dua kiri) menyaksika­n Wan Nawawi (kanan) bertukar dokumen dengan Wong, semalam.
AHMAD Razif (dua kanan) dan Jebasingam (dua kiri) menyaksika­n Wan Nawawi (kanan) bertukar dokumen dengan Wong, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia