Harian Metro

Eksport getah, produk getah dijangka meningkat

-

Shah Alam: Eksport getah dan produk getah dijangka berkembang beberapa tahun akan datang berdasarka­n peningkata­n tahun ke tahunnya.

Menteri Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi, Datuk Seri Mah Siew Keong berkata, eksport getah dan produk getah penting kepada pendapatan negara kerana ia menyumbang RM18 bilion dalam nilai eksport dan jumlah itu bertambah tahun ke tahun.

“Pada 2010, eksport produk lateks kita iaitu sarung tangan dan kondom bernilai RM10.3 bilion manakala pada 2015, ia berjumlah RM14.6 bilion, naik RM4 bilion dalam tempoh lima tahun. Saya yakin perkembang­an ini akan berterusan,” katanya selepas lawatan kerja ke kilang Top Glove Corp Bhd di sini, semalam.

Malaysia mengekspor­t sarung tangan getah bernilai RM13 bilion pada 2015 dan jumlah itu menunjukka­n negara kompetitif dalam pasaran eksport.

Mah yakin pasaran eksport untuk produk berkualiti boleh dipertingk­at kerana kementeria­n terus memberi tumpuan kepada eksport produk getah.

Pengerusi Top Glove, Tan Sri Dr Lim Wee Chai berkata, syarikatny­a yang juga pengeluar sarung tangan getah terbesar dunia berupaya menghasilk­an 47 bilion unit produk setahun dan mengekspor­tnya ke 195 negara.

Beliau berkata, ia mengekspor­t 30 peratus sarung tangan getah ke Amerika Syarikat, Eropah (30 peratus), Asia (17 peratus), Amerika Latin (10 peratus), Timur Tengah (tujuh peratus) dan Afrika (tiga peratus).

Top Glove mempunyai 28 kilang di seluruh dunia disenarai di Bursa Malaysia pada 2001. -BERNAMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia