Harian Metro

Labur RM13,000

- Hamzah Osman bisnes@hmetro.com.my

„ Suri rumah ambil langkah berani hasil produk sendiri selepas setahun keringat ‘diperah’ jual produk orang lain

Selepas setahun keringatny­a ‘diperah’ menjual produk kecantikan orang lain, Saidatul Shahnar Saad, 35, nekad melabur RM13,000 untuk memulakan produk kecantikan menggunaka­n jenama sendiri.

Langkah berani suri rumah itu akhirnya membuahkan hasil apabila produk masker dikenali ‘Miss Saida Beauty’ dan pewangi, ‘Pretty Lady’ yang dihasilkan syarikatny­a, Saida Beauty mendapat sambutan baik pengguna khususnya golongan wanita.

Saidatul Shahnar yang juga seorang sahabat Amanah Ikthiar Malaysia sejak enam tahun lalu yakin bidang perniagaan kosmetik menjanjika­n pulangan berbaloi dengan modal yang dilaburkan.

“Walaupun masker mula dipasarkan kira-kira setahun lalu manakala pewangi memasuki pasaran sebulan lalu, sambutan yang diterima amat baik, malah saya turut memiliki pengguna berulang.

“Masker ini mampu merawat masalah jerawat, menegangka­n kulit dan mengatasi masalah kulit muka berminyak dengan jualan sebanyak 100 unit setiap bulan,” katanya ketika ditemui di sini, baru-baru ini.

Beliau berkata, masker yang dihasilkan menggunaka­n tanah liat dengan lebih 67 mineral itu dijual pada harga RM35 seunit manakala pewangi RM29.90 sebotol.

“Tempoh setahun memerah tenaga menjual barangan orang sudah cukup memberikan saya pengalaman untuk menghasilk­an produk sendiri dan merasai kepuasan dalam berniaga.

“Produk masker ini mendapat kelulusan Kementeria­n Kesihatan Malaysia dan saya menggunaka­n kaedah promosi serta jualan secara dalam talian menerusi media sosial Facebook, Twitter dan Instagram,” katanya.

 ??  ?? SAIDATUL Shahnar menunjukka­n produk kecantikan Miss Saida Beauty dan pewangi, Pretty Lady’yang dihasilkan syarikatny­a.
SAIDATUL Shahnar menunjukka­n produk kecantikan Miss Saida Beauty dan pewangi, Pretty Lady’yang dihasilkan syarikatny­a.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia