Harian Metro

KEPALA DAH TEGAK

- Agensi

Seorang remaja lelaki yang sebelum ini berkepala teleng akhirnya dapat melihat dunia dengan betul selepas menjalani pembedahan membetulka­n otot lehernya.

Mahendra Ahirwar, 13, mengalami keadaan pelik yang sebelum ini menyebabka­n otot lehernya terlalu lemah sehingga kepalanya terkulai dan langsung tidak dapat ditegakkan, menyebabka­n dia tidak dapat berdikari langsung malah sentiasa memerlukan bantuan untuk makan atau ke tandas.

Namun kehidupann­ya berubah selepas seorang wanita di Liverpool, Julie Jones bersimpati selepas terbaca kisahnya dan berjaya mengumpulk­an £12,000 (RM62,000) untuk membantuny­a menjalani pembedahan meluruskan leher.

Kini remaja itu mampu melakukan apa saja termasuk kembali bersekolah.

Ayahnya Mukesh, 41, berkata: “Memang menakjubka­n. Lehernya kini tegak dan kehidupann­ya beransur lebih positif. Sebelum ini dia pemalu tetapi kini dia nampak semakin yakin dan gembira.”

Mahendra lahir normal tetapi tulangnya menjadi lemah apabila dia membesar, menyebabka­n lehernya membengkok.

Ibu bapanya mula putus asa kira-kira dua tahun lalu.

Ibunya, Sumitra, 36, mengaku dia lebih rela anaknya mati kerana tidak sanggup melihatnya menderita.

Mahendra mempunyai seorang abang, Lalit, 17, kakak Manisha, 14, dan adik, Surendra, 11.

Dia bagaimanap­un menghabisk­an setiap hari bersendiri­an kerana tidak dapat bersekolah. Namun selepas kisahnya tersebar di seluruh dunia, pakar tulang belakang, Dr Rajagopala­n Krishnan, dari Hospital Apollo di New Delhi bantuan.

Dalam pembedahan itu, Dr Krishnan mengeluark­an cakera pada lehernya dan digantikan dengan graf tulang pinggulnya sebelum memasukkan plat logam untuk memastikan tengkuknya sentiasa tegak.

Sementara itu, Julie berkata,

Remaja jalani pembedahan luruskan otot leher sudah jalani kehidupan normal

menawarkan dia terpanggil membantu Mahendra kerana tidak sampai hati melihat keadaannya.

“Saya terbayang, bagaimana jika dia anak saya? Pasti saya tidak mahu dia meneruskan kehidupan seperti itu,” kata guru dua anak itu.

Mahendra kini bersekolah dan mula belajar membaca serta menulis.

 ??  ?? MAHENDRA kini boleh bersekolah. Gambar kecil, keadaan asal Mahendra.
MAHENDRA kini boleh bersekolah. Gambar kecil, keadaan asal Mahendra.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia