Harian Metro

Rotan tak solat Jumaat

- Agensi

Pada setiap Jumaat, kelibat seorang wanita berjubah hitam dan memegang rotan sambil berjalan dengan wajah garang sangat digeruni kaum lelaki di kampung Empangsari di Desa Plered di sini.

Apabila wanita itu muncul, kaum lelaki yang leka melepak di warung atau di tepi jalan raya segera bergegas ke masjid untuk solat Jumaat.

Sejak hampir 10 tahun lalu, itulah aktiviti Siti Hindun, 64, yang meronda di setiap ceruk kampungnya bagi memastikan tiada lelaki dewasa ponteng solat Jumaat.

Siti Hindun atau lebih dikenali sebagai Mak Gober oleh penduduk kampung berkata, dia membuat rondaan itu semata-mata kerana ibadah.

“Apa yang penting kaum lelaki wajib solat Jumaat dan tiada yang berkeliara­n di jalan raya,” katanya ketika dipetik akhbar Radar Karawang.

Menurutnya, sejak 2007, dia dan beberapa rakannya meronda setiap ceruk kampung termasuk kedai, restoran dan lorong kecil bagi mencari lelaki yang ponteng solat Jumaat.

“Kalau ada yang saya jumpa berkeliara­n ketika waktu solat Jumaat saya akan pukul mereka.

“Saya bukannya pukul dengan kuat tetapi hanya mahu membuatkan mereka malu

Mak Gober ronda sekitar kampung pastikan kaum lelaki ke masjid

dan sedar kewajipan sebagai orang Islam,” jelasnya.

Siti Hindun memberitah­u, dia mengambil tindakan itu selepas ramai orang kampung mengadu sikap sebilangan lelaki yang tidak pergi ke masjid untuk solat Jumaat.

 ??  ?? SITI Hindun sedang meronda di kawasan kampungnya bagi mencari lelaki yang tidak solat Jumaat. - Jawa Pos
SITI Hindun sedang meronda di kawasan kampungnya bagi mencari lelaki yang tidak solat Jumaat. - Jawa Pos

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia