Harian Metro

17 mati tertimbus rumah

-

Sekurang-kurangnya 17 orang terbunuh selepas beberapa rumah runtuh di timur China.

Menjelang malam semalam, 23 orang, termasuk 17 yang mati itu ditarik keluar dari celah runtuhan bangunan di pinggir bandar Wenzhou itu.

Usaha mencari dan menyelamat dijalankan tanpa menggunaka­n jentera berat untuk mengelak risiko terhadap nyawa mangsa yang mungkin terperangk­ap di dalam bangunan, lapor agensi berita Xinhua.

Punca kejadian masih disiasat, namun laporan mengatakan empat bangunan itu dibina pada 1970-an dan sudah uzur.

Empat bangunan itu runtuh awal pagi semalam, menurut pihak berkuasa daerah Lucheng dalam media sosial. - AP Taipei: Presiden Taiwan Tsai Ing-wen semalam menggesa China mengadakan perbincang­an sambil dia menyuaraka­n keazaman mengekalka­n hubungan baik dengan Beijing walaupun rundingan antara kedua-dua negara menemui jalan buntu sejak lima bulan lalu.

Dalam ucapan pertamanya selaku presiden sempena Hari Kebangsaan semalam, Tsai tidak merujuk kepada fakta penting disyaratka­n Beijing untuk menyambung perbincang­an, iaitu Taiwan mengaku ia sebahagian daripada China.

Menurut penyokong Tsai, dia menunjukka­n usaha berbaik dengan Beijing tetapi berhati-hati dalam berkata-kata supaya tidak mencetuska­n kemarahan penyokong anti-China di Taiwan.

“Kedua-dua pihak perlu duduk berbincang secepat mungkin. Apa saja isu boleh dibincangk­an, asalkan ia baik untuk kedua-dua negara,” katanya.

Ucapan Hari Kebangsaan Taiwan sering digunakan pemimpin negara itu untuk mengetenga­hkan pendirian mereka mengenai hubungan

bagaimanap­un

 ??  ?? TENTERA Taiwan mengambil bahagian dalam sambutan Hari Kebangsaan di Taipei, semalam. - Reuters
TSAI
TENTERA Taiwan mengambil bahagian dalam sambutan Hari Kebangsaan di Taipei, semalam. - Reuters TSAI
 ??  ?? ANGGOTA penyelamat mencari mangsa. - Reuters
ANGGOTA penyelamat mencari mangsa. - Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia