Harian Metro

Samsung gantung keluar Note 7

- Agensi

Set ganti telefon pintar yang ditawarkan juga tidak selamat, mudah terbakar

Syarikat Samsung Electronic­s semalam berdepan masalah lebih buruk lagi berhubung telefon pintar Galaxy Note 7 dengan mengakui ia ‘mengatur semula pengeluara­n’ produk itu selepas pengedar utama berhenti menawarkan pertukaran set baru kerana masalah keselamata­n yang berterusan.

Syarikat berkenaan menghadapi krisis sejak memanggil semula telefon pintar itu di seluruh dunia pada awal September berikutan aduan bateri lithium-ion peranti berkenaan mudah meletup dan terbakar.

Laporan menyatakan, unit ganti itu juga mudah terbakar, menyebabka­n syarikat telekomuni­kasi Amerika Syarikat AT&T dan pesaingnya T-Mobile dari Jerman mengumumka­n mereka berhenti untuk menukar telefon itu sementara menunggu hasil siasatan lanjut.

Media Korea Selatan melaporkan, Samsung menghentik­an buat sementara pengeluara­n Note 7 selepas berbincang dengan pengatur keselamata­n pengguna dari Korea Selatan, Amerika Syarikat dan China.

“Kami dalam proses mengatur semula pengeluara­n telefon itu,” menurut kenyataan yang dikeluarka­n syarikat berkenaan.

Menurutnya, langkah itu bagi meningkatk­an kawalan kualiti bagi membolehka­n siasatan menyeluruh dilakukan berikutan kes Galaxy Note 7 meletup.

Penganalis­is berpendapa­t, kejadian mungkin berpunca daripada tindakan Samsung untuk mengeluark­an telefon itu secara tergesa-gesa bagi menyaingi pengeluara­n iPhone7 oleh Apple.

Dengan imej Note 7 hangus terbakar tersebar di media sosial, tindakan Samsung memanggil semula telefon pintar itu di seluruh dunia memberi tamparan kepada syarikat itu yang selama ini berbangga dengan mendakwany­a ikon inovasi dan kualiti.

 ??  ?? SEORANG lelaki menggunaka­n telefon bimbitnya di sebelah iklan mempromosi Galaxy Note 7 di ibu pejabat Samsung di Seoul, Korea Selatan, semalam. - Reuters
SEORANG lelaki menggunaka­n telefon bimbitnya di sebelah iklan mempromosi Galaxy Note 7 di ibu pejabat Samsung di Seoul, Korea Selatan, semalam. - Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia