Harian Metro

Trump diselar kerana mahu jel Hillary jika menang

-

St Louis: Donald Trump diselar dan disifatkan sebagai bakal diktator selepas dia mengancam memenjarak­an pencabarny­a, Hillary Clinton, sekiranya dia memenangi pilihan raya Presiden Amerika Syarikat pada 8 November depan.

“Sekiranya menang, saya akan mengarahka­n peguam negara mendapatka­n pendakwa raya khas untuk menyiasat situasi anda kerana terlalu banyak penipuan,” kata Trump kepada calon Demokratik itu pada pusingan kedua debat antara mereka pagi tadi (waktu Malaysia).

Dia merujuk kepada penggunaan server e-mel peribadi oleh Hillary yang sudah disiasat oleh Biro Siasatan Persekutua­n (FBI).

Apabila Hillary berkata adalah baik jika seseorang yang bersikap seperti Trump tidak menjadi presiden, calon Republikan itu membalas: “Kerana kamu akan dipenjarak­an.”

Bekas Peguam Negara, Eric Holder mengetuai kecaman terhadap Trump dengan menyifatka­n dia ‘berbahaya dan tidak layak’ menjadi presiden.

Katanya, peguam kanan Presiden Richard Nixon meletak jawatan apabila diarah menyiasat seorang penentang politiknya.

Presiden Amerika tidak mengarahka­n siasatan guaman dilakukan ke atas individu.

Bekas duta Amerika Syarikat ke Russia, Michael McFaul menulis di Twitter: “Kenyataan Trump mengingatk­an pemerintah­an autokratik. Saya malu kerana ia akan berlaku di Amerika.”

Pemenang Hadiah Nobel yang juga ahli ekonomi, Paul Krugman berkata: “Biar jelas. Seorang calon berjanji untuk memenjarak­an penentangn­ya jika dia menang?”

Sementara itu bekas jurucakap Rumah Putih, Ari Fleischer berkata: “Belum pernah berlaku calon yang menang mengancam penentangn­ya dipenjarak­an. Presiden sebelum ini tidak pernah mengancam untuk mendakwa individu.” - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia