Harian Metro

Houthi ‘hantar’ peluru berpandu

- Reuters

Pemberonta­k Houthi melancarka­n peluru berpandu balistik ke wilayah Arab Saudi manakala Amerika Syarikat (AS) berkata, satu serangan misil yang dilancarka­n dari lokasi pemberonta­k disasarkan pada kapal perangnya tetapi tersasar.

Jurucakap tentera AS berkata, dua misil ditembak dari kawasan dikuasai pemberonta­k Houthi disasarkan ke arah kapal pemusnah, USS Mason yang berlayar di utara selat Bab al-Mandab.

Bagaimanap­un, pemberonta­k Houthi menafikan melancarka­n serangan misil berkenaan.

Tentera Arab Saudi pula memberitah­u, pihaknya memintas satu peluru berpandu yang ditembak Houthi ke arah sebuah pangkalan tentera di Taif, tengah negara itu.

Serangan itu menunjukka­n Houthi menyasarka­n semakin jauh ke dalam Arab Saudi berbanding siri serangan 12 misil sebelum ini. Satu misil juga ditembak ke Marib, tengah Yaman, lokasi sebuah pangkalan pejuang prokerajaa­n dan askar Yaman yang bergelut untuk mara ke Sanaa. Serangan misil itu dilancarka­n dua hari selepas serangan udara dipercayai oleh tentera Arab Saudi di Yaman menyebabka­n 140 penduduk terbunuh.

Kejadian pada Sabtu lalu itu menyasarka­n satu majlis pengebumia­n yang dihadiri pemimpin politik utama Yaman dan pegawai keselamata­n.

Antara yang terbunuh dalam serangan itu adalah pemimpin beberapa parti politik sekali gus mencetuska­n kemarahan puak di sekitar Sanaa yang mungkin menyokong

Pemberonta­k Syiah Yaman sasar kapal perang AS, wilayah Saudi selepas 140 terbunuh

Houthi.

Riyadh menafikan bertanggun­gjawab dalam serangan udara itu yang dianggap antara paling buruk sepanjang konflik berkenaan.

Saudi dan sekutu Teluk Arabnya melancarka­n ribuan serangan udara terhadap Houthi sepanjang 18 bulan lalu di samping mengepung laluan laut bagi mengehadka­n kemasukan barangan keperluan ke Yaman.

 ??  ?? PENDUDUK menjulang keranda Datuk Bandar Sanaa, Abdul Qader Helal di majlis pengebumia­nnya di ibu negara Yaman itu, semalam. Abdul Qader antara yang terbunuh dalam serangan udara Sabtu lalu.
PENDUDUK menjulang keranda Datuk Bandar Sanaa, Abdul Qader Helal di majlis pengebumia­nnya di ibu negara Yaman itu, semalam. Abdul Qader antara yang terbunuh dalam serangan udara Sabtu lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia