Harian Metro

‘BERI SAYA DUA TAHUN’

- Azlan Muhammad Zain azlanmz@hmetro.com.my

„ Latif enggan cipta tekanan pecah rekod kebangsaan

Tempoh dua tahun menjadi sasaran atlet lompat jauh paralimpik negara Abdul Latif Romly untuk memecahkan rekod kebangsaan.

Catatan yang dilakukan Latif pada Sukan Paralimpik Rio iaitu 7.60 meter sekali gus melakar rekod dunia menghampir­i rekod kebangsaan 7.88m yang dipegang Jasbert Tinus.

Bagaimanap­un atlet kelahiran Perlis berusia 19 tahun itu tidak mahu terburu-buru dan mencipta tekanan untuk diri sendiri.

“Saya mungkin memerlukan tempoh dua tahun lagi untuk memecahkan rekod itu. Saya perlu berusaha dengan gigih dan mengharapk­an peningkata­n positif.

“Biasanya dalam latihan

(gambar)

saya melakukan jarak sekitar 7 meter,” katanya yang akan bersaing pada Sukan SEA dan Para ASEAN tahun depan.

Selepas diberikan ganjaran berjumlah RM1.05 juta menerusi Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM) hujung minggu lalu, dia diberikan ganjaran seunit suite kediaman bernilai RM350,000 dan kereta Kia Sportage bernilai RM121,888 sumbangan Naza Corporatio­n Holdings semalam.

“Perasaan takut memang ada (bergelar jutawan) kerana masih muda. Situasi ini sesuatu yang baru bagi saya.

“Saya akan terus melakar pencapaian lebih baik selain menyahut cabaran menteri untuk melakar rekod baru kebangsaan dan beraksi di Sukan SEA,” jelasnya.

Atlet lontar peluru, Ziyad Zolkefli turut mahu meneruskan pencapaian yang baik tanpa terganggu dengan ganjaran yang diterima.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia