Harian Metro

Tuah sepakan penalti

- Mohamad Zulhairie Manzaidi sukan@hmetro.com.my

„ Negeri Sembilan muncul juara sulung kejohanan bola sepak SUKPEM

Negeri Sembilan membuktika­n kehebatan apabila muncul juara sulung kejohanan bola sepak Sukan Penguatkua­sa

Malaysia (SUKPEM) selepas menewaskan Melaka menerusi penentuan penalti 3-1 di Stadium Sultan Muhammad ke-IV, baru-baru ini.

Kedua-dua pasukan terikat 2-2 selepas aksi 30 minit iaitu 15 minit setiap babak sebelum ia terpaksa ditentukan menerusi tendangan penalti.

Ketua pasukan Norhisyam Kamarudin, 37, berkata, dia tidak menyangka akan memenangi kejohanan itu kerana pasukan yang bertanding menunjukka­n semangat melawan yang tinggi. “Memang kami menyasarka­n untuk layak ke perlawanan akhir namun tidak menyangka boleh menyandang gelaran juara kerana Melaka memang memberi tentangan yang cukup hebat dan sengit.

“Saya puas hati dengan persembaha­n rakan sepasukan dan ini bermakna latihan kami jalani selama dua minggu sebelum perlawanan berbaloi,” katanya.

Kejohanan itu

anjuran bersama Kementeria­n Kesejahter­aan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Persatuan Pegawai Penguatkua­sa PBT Malaysia (PESAMA) dan Majlis Perbandara­n Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI).

Norhisyam berkata, dia berazam akan mengekalka­n piala kejuaraan yang dimenangi itu dua tahun lagi.

“Saya mewakili Majlis Perbandara­n Seremban (MPS) melahirkan rasa gembira dan berterima kasih kepada rakan sepasukan kerana menjuarai kejohanan ini,” katanya.

Juara membawa pulang wang tunai bernilai RM5,000, piala pusingan menteri KPKT dan piala kejuaraan. Manakala Melaka yang menyandang tempat kedua membawa pulang wang tunai RM4,000 serta pingat.

Kejohanan bola sepak piala pusingan menteri KPKT itu adalah program pertama bagi penubuhan PESAMA awal Januari lalu.

 ?? FOTO: ?? DR ABDUL Rahman (dua dari kiri) menyampaik­an piala dan replika cek kepada Norhisyam selepas menjuarai kejohanan bola sepak SUKPEM.
FOTO: DR ABDUL Rahman (dua dari kiri) menyampaik­an piala dan replika cek kepada Norhisyam selepas menjuarai kejohanan bola sepak SUKPEM.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia