Harian Metro

Golf Persaudara­an buka tirai KSGC

- Mohd Amin Jalil sukan@hmetro.com.my

Nilai: Seramai 200 pemain golf amatur dari seluruh negara memperagak­an aksi masing-masing pada pertanding­an Golf Persaudara­an di Kelab Golf Kota Seriemas (KSGC), baru-baru ini.

Pertanding­an anjuran Anzah Sdn Bhd dan Malaya Golf Devotees (MGD) itu adalah sempena pembukaan KSGC yang baru siap dibina, bulan lalu.

Penyelaras pertanding­an Datuk Alimuddin Mallorong berkata, pertanding­an dibahagika­n kepada dua sesi iaitu sesi pagi membabitka­n 64 peserta manakala sesi petang seramai 136 pemain.

Katanya, hadiah ber nilai keseluruha­n RM15,000 dalam bentuk peralatan golf ditawarkan kepada pemain yang beraksi baik.

“Padang golf 18 lubang ini baru saja siap akhir bulan lalu dan pertanding­an ini dianggap sebagai pembukaan rasmi dengan memberi peluang kepada pemain terpilih merasai suasana dan cabaran yang ada di sini.

“Rata-rata pemain ini dari kalangan rakan dan sering kali menyertai pertanding­an yang diadakan di beberapa lokasi lain sebelum ini.

“Mereka diberi penghormat­an mencuba padang golf ini dan saya amat berpuas hati kerana matlamat kami bukan untuk merebut hadiah ditawarkan semata-mata tapi lebih kepada merapatkan persaudara­an kalangan peminat golf tempatan,” katanya.

Pihaknya yakin dan percaya KSGC akan menjadi destinasi pilihan pemain golf tempatan kerana kedudukann­ya yang strategik di kawasan pembanguna­n baru berhampira­n Bandar Enstek, Nilai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia