Harian Metro

600 pelajar asing meriah Karnival ISSC

- Norzamira Che Noh sukan@hmetro.com.my

Shah Alam: Seramai 600 penuntut luar negara menyertai Karnival Sukan Pelajar Antarabang­sa (ISSC) di Kompleks Sukan Negara Panasonic di sini, baru-baru ini.

Karnival selama dua hari anjuran Universiti HELP dengan kerjasama Kementeria­n Pendidikan Tinggi (KPT) itu merangkumi pembabitan 23 institusi pengajian tinggi (IPT) dan universiti awam (UA) tempatan.

Pengarah Bahagian Pembanguna­n Mahasiswa Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) Prof Madya Dr Sopian Bujang berkata, walaupun kali ketiga dianjurkan, sambutan yang diterima amat memberangs­angkan malah turut mendapat penyertaan UA kali ini.

“Pada mulanya, karnival sukan ini untuk pelajar antarabang­sa yang melanjutka­n pengajian di IPT di negara ini. Bagaimanap­un tahun ini enam UA turut menyertain­ya.

“Ia membabitka­n Universiti Malaysia Sabah (UMS), Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Malaya (UM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) dan Universiti Teknikal Melaka (UTEM),” katanya.

Majlis itu dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Dr Mary Yap Kain Ching.

Mary berkata, usaha seumpama itu wajar diberi pujian kerana kementeria­n sememangny­a menggalakk­an penuntut aktif dalam bidang sukan selain kecemerlan­gan akademik.

“Karnival

ini

platform untuk pelajar antarabang­sa di negara ini membina keyakinan diri dan mempamerka­n bakat mereka dalam bidang sukan yang disertai.

“Selain itu, ia menjadi kenangan dan sumber berguna kepada mereka selepas menamatkan pengajian kelak,” katanya.

 ?? FOTO: ?? MARY (tengah berdiri) bersama peserta pada kemuncak program.
FOTO: MARY (tengah berdiri) bersama peserta pada kemuncak program.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia