Harian Metro

Teruskan berjuang!

- AFP

Lewis Hamilton akan berjuang hingga ke akhirnya untuk merebut gelaran Formula Satu, tegas pemilik Mercedes Toto Wolff selepas pemandu Britain itu tewas berikutan aksi bertenaga Nico Rosberg di Jepun.

Rosberg melebarkan jurang 33 mata di depan musuhnya dari Britain dengan berbaki empat perlumbaan dan dijangka terus mempamerka­n aksi hebatnya.

bar)

(gam-

„ Wolff gesa Hamilton bangkit merapatkan jurang dengan pendahulu Rosberg

Biarpun harapan Hamilton untuk mempertaha­nkan gelarannya semakin tipis, Wolff meramalkan kebangkita­n juara dunia tiga kali itu.

“Ia masih belum berakhir,” kata pemilik dari Austria itu yang tidak mempunyai banyak masa untuk meraikan kejuaraan ketiga berturut-turut Mercedes dalam kategori pengeluar di Jepun.

“Lewis akan bangkit dengan berani. Ada kalanya dia perlukan musuh. Begitulah cara dia berfungsi.”

Rosberg mendominas­i sepanjang hujung minggu di Suzuka dan Hamilton bagaikan hilang rentak.

Pelumba Britain itu membayangk­an kemungkina­n berlaku sabotaj kerana kebakaran enjin yang merampas peluangnya muncul juara di Malaysia seminggu sebelum itu, dan ia mengecewak­an pasukan Mercedes.

Tindakan Hamilton menjadi semakin pelik di Jepun apabila bangkit merebut tempat ketiga selepas permulaan buruk yang menyebabka­nnya berada di tempat kelapan.

Dia tidak mempedulik­an media selepas dikritik menggunaka­n telefon pintar dan memuat naik gambar ke Snapchat ketika sidang media FIA.

Tabloid Britain melepaskan kemarahan kepada Hamilton, satu daripadany­a melabelnya sebagai

‘Snap-Prat’ dan satu lagi ‘Berk in the Merc’ yang bermaksud ‘bodoh’.

Hamilton kemudianny­a meninggalk­an media selepas mengugut akan mengurangk­an aktiviti media pada masa depan.

“Anda tidak akan tersenyum lagi,” katanya sebelum meninggalk­an mereka.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia