Harian Metro

Woods tarik perhatian

-

Los Angeles: Tiger Woods, yang tidak menyertai aksi kompetitif selama 14 bulan, menghampir­i ulang tahun ke-41 dan dalam pemulihan kecederaan belakang masih mendapat perhatian melebihi pemain golf lain.

Juara 14 kejohanan utama itu yang akan memulakan aksinya Khamis ini di Silverado Resort di Napa, California, dalam aksi kompetitif pertamanya sejak menduduki tangga ke-10 di Kejohanan Wyndham pada 23 Ogos 2015.

“Saya gembira tidak berada di sana minggu ini,” kata pemain Ireland Utara Rory McIlroy apabila Woods mengumumka­n dia mungkin kembali beraksi September ini.

Berbanding 45 ruang disediakan untuk media tahun lalu, 106 ruang disediakan tahun ini dengan penganjur menggandak­an saiz pusat media mereka.

Peningkata­n jualan tiket juga dijangkaka­n yang mana ada laporan menyatakan peminat dapat menyaksika­n gandingan bintang handalan Woods dan pemenang kejohanan utama lima kali Phil Mickelson pada pusingan pembukaan.

Woods tidak hanya menjadi tumpuan, malah spekulasi juga tertumpu kepada bagaimana corak permainann­ya selepas lebih setahun menjalani pemulihan.

“Kami bermain sembilan lubang bersama. Dia memukul sejauh satu batu dan mengatasi yang lain. Cara pukulan dan gerakan bola sama seperti Woods yang kita kenal 15 tahun lalu,” kata pemain Sweden Jesper Parnevik kepada Golf Digest awal bulan ini.

“Penampilan semula bukan sesuatu yang pasti tapi ada yang memberitah­u saya dia bakal beraksi luar biasa.” - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia