Harian Metro

Rooney tetap aset England

- AFP

Pengurus sementara England Gareth Southgate mendedahka­n beliau berani membuat keputusan kontrovers­i biarpun berdepan desakan untuk menggugurk­an kapten Wayne Rooney yang beraksi hambar.

Rooney diejek segelintir penyokong sewaktu England menang 2-0 pada kelayakan Piala Dunia ke atas Malta Ahad lalu dan bekas kapten Three Lions, Alan Shearer mengetuai desakan supaya dia digugurkan.

Southgate berkata, beliau ‘berpuas hati’ dengan aksi Rooney, tetapi memberitah­u sewaktu mengendali­kan Middlesbro­ugh, beliau perlu memecat kakitangan­nya sebagai bukti kemampuann­ya melaksanak­an keputusan sukar.

Ditanya mengenai keputusan paling sukar dibuatnya sepanjang memegang jawatan sebagai pengurus, beliau membalas: “Menyebabka­n beberapa rakan rapat tidak lagi diperlukan. Ia keputusan terbesar pernah dibuat.”

Southgate dibawa masuk selepas Sam Allardyce meninggalk­an jawatannya sebagai pengurus berikutan laporan media, satu keputusan yang dianggapny­a ‘bukan sesuatu untuk dicemburui’.

Southgate ditanya sama ada beliau sedia untuk membuat keputusan hebat dengan merehatkan Rooney, yang menjadi penjaring gol terbanyak England dan pemain padang paling banyak diturunkan.

“Banyak andaian terhadap soalan seperti itu, tapi setiap kali kami memilih pasukan, kami memilih pasukan yang dirasakan sesuai untuk perlawanan,” katanya di Wembley selepas kemenangan ke atas Malta. “Berdasarka­n peluang yang kita peroleh, saya tidak fikir kami tertinggal jauh.

„ Southgate ambil tindakan berani abai desakan ketepi Rooney dalam skuad Three Lions

“Pada pandangan saya, terutama aksi pendatang baru

Jesse Lingard, saya benar-benar teruja dan berpuas hati. Ia sesuatu yang positif.”

Pasukan Southgate, yang akan menentang Slovenia di Ljubljana awal pagi esok, menolak kemungkina­n Rooney perlu digugurkan memandangk­an dia tidak beraksi dalam tiga perlawanan terakhir Manchester United.

“Buat masa ini semuanya tidak relevan,” jelasnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia