Harian Metro

AZZURRI NASIB BAIK

- AFP

Paris

Penyerang Lazio, Ciro Immobile menjaringk­an gol pada masa kecederaan ketika juara empat kali Itali bangkit dengan kemenangan 3-2 ke atas Macedonia awal pagi semalam sekali gus berjaya mengelak aib pada kelayakan Piala Dunia.

Itali yang memerlukan penalti pada saat akhir untuk meraih satu mata menentang pencabar utama Kumpulan G, Sepanyol Khamis lalu mungkin mengalami kekalahan mengejut di Skopje menentang Macedonia yang berada di ranking ke-146 dunia.

Penyerang Torino Andrea Belotti memberikan Itali gol pendahulua­n pada minit keempat selepas sepakan penyerang Palermo Ilija Nestorokvs­ki melepasi palang buat pasukan tuan rumah.

Namun Nestorokvs­ki menyamakan kedudukan selepas sejam perlawanan apabila berjaya merampas bola Marco Verratti sebelum menolak bola masuk melepasi penjaga gol veteran Gianluigi Buffon.

Dua minit kemudian, Macedonia berada di depan selepas pemain tengah Ferhan Hasani menyempurn­akan aksi menarik membabitka­n gerakan Goran Pandev dan Nestorovsk­i.

Bagaimanap­un Immobile kembali menyamakan kedudukan 2-2 buat Itali dengan baki 15 minit menerusi gandingan Verratti dan Antonio Candreva.

Pada minit ke-90, tandukan Marco Parolo dibatalkan kerana ofsaid sebelum rakan sepasukan Immobile menyelamat­kan Itali dengan gol kemenangan dua minit pada masa kecederaan, apabila menyempurn­akan hantaran Candreva.

“Kami terlalu lemah dan mudah dibolosi pada babak kedua. Anda tidak boleh memberi laluan kepada lawan pada peringkat antarabang­sa, kami perlu menjadi lebih keras,” kata Immobile.

Itali berada di tangga kedua Kumpulan G dengan tujuh mata tetapi Sepanyol mendahului dengan perbezaan gol selepas menang 2-0 ke atas Albania di Shkoder.

Bintang Chelsea, Diego Costa menjaringk­an gol pertama pada minit ke-55 melepasi penjaga gol Etrit Berisha yang berusaha keras mempertaha­nkan gawangnya pada separuh masa pertama.

Nolito menjaringk­an gol kedua malam itu, tiga minit selepas diturunkan sebagai gantian kepada Vitolo.

“Ia perlawanan yang amat sukar biarpun nampak mudah,” kata Nolito.

“Albania pasukan yang bagus dan tahu bagaimana untuk bermain.”

Satu-satunya kekecewaan buat Sepanyol adalah apabila melihat pertahanan utama dan kapten Sergio Ramos mengalami kecederaan lutut yang mungkin menyebabka­nnya tidak dapat beraksi tiga perlawanan untuk kelabnya Real Madrid.

„ Immobile muncul wira Itali benam Macedonia

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia