Harian Metro

Chile tiada pilihan wajib atasi Peru

-

“Saya memotong jersi saya kerana lengannya terlalu pendek dan menyusahka­n saya. Saya mencuba segala-galanya tapi saya tidak boleh menanggung­nya lagi.”

Pique membuat 86 penampilan bersama Sepanyol dan menjuarai Piala Dunia Afrika Selatan 2010 dan Euro 2012. Dia juga mewakili Sepanyol untuk kempen mengecewak­an pada Piala Dunia 2014 dan Euro 2016. - Reuters Montevideo: Chile perlu meraih kemenangan ke atas pencabar mereka Peru awal pagi esok apabila juara Amerika Selatan itu mahu bangkit selepas mempamer permulaan buruk pada kelayakan Piala Dunia 2018.

Selepas dibelasah Ecuador 0-3 di Quito Khamis lalu, Chile melangkah ke Santiago, ketinggala­n lima mata daripada posisi kelayakan untuk perebutan tiket ke Piala Dunia dari Amerika Selatan.

Chile, kuasa dominan di Amerika Selatan dalam tempoh dua tahun ini dengan kejuaraan berturut-turut pada Copa America 2015 dan 2016 masih mempunyai banyak masa untuk bangkit dengan baki sembilan perlawanan.

Namun keputusan selain menang ke atas Peru akan menyebabka­n mereka berdepan tugas sukar jika mahu layak ke Piala Dunia untuk tiga kali berturut-turut.

“Kami perlu menjaringk­an gol dan kami perlu menang kerana bermain di laman sendiri. Kemenangan menjadi satu-satunya pilihan buat kami sekarang,” kata pemain tengah Marcelo Diaz, yang cuba bangkit daripada kekalahan kepada Ecuador.

“Kami tewas, kami bermain dengan teruk dan itu saja boleh saya katakan,” kata Diaz.

“Apa yang boleh kami lakukan sekarang adalah menunggu perlawanan Selasa ini dan cuba mengubah nasib kami,” kata pemain Celta Vigo itu.

Pertahanan veteran Gonzalo Jara mengakui pasukannya terkejut dengan kegagalan meraih lebih daripada satu mata daripada tiga perlawanan terakhirny­a, seri tanpa jaringan dengan Bolivia, satu daripada pasukan paling lemah dalam aksi kelayakan.

“Kami tidak bermain dengan baik sebagai satu pasukan. Kami tidak mencipta peluang yang biasanya kami lakukan,” kata Jara.

Satu perkara menggembir­akan Chile adalah Peru yang tidak pernah menang di Santiago sejak 1985, juga tidak mempamerka­n aksi membanggak­an.

Peru yang mengikat Argentina 2-2 di Lima Khamis lalu, berada di tangga kelapan selepas sembilan perlawanan, tiga mata di belakang Chile. - AFP

 ??  ?? GOL tunggal Wales jaringan Bale.
GOL tunggal Wales jaringan Bale.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia