Harian Metro

Amirzafran tekad rantai pergerakan Ronaldinho

- Malik Muhamad sukan@hmetro.com.my

nama disebut-sebut untuk mengambil alih kerusi panas itu adalah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaa­n (PEMANDU) Datuk Seri Idris Jala, CEO Kumpulan Air Asia Tan Sri Tony Fernandes dan Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) Tan Sri Annuar Musa.

Sementara itu, Sivasundra­m yang dihubungi pula enggan membuat sebarang penjelasan berhubung kehadirann­ya bersama delegasi itu. Katanya, kehadirann­ya adalah sebagai wakil Majlis Sukan India Malaysia dan bukannya FAS. Kuala Terengganu: Pertahanan muda T-Team Wan Ahmad Amirzafran Wan Nadris sedia merantai penyerang tinggi lampai Selangor Patrick Ronaldinho pada separuh akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Sabtu ini.

Pemain berusia 22 tahun itu yang akan mengambil alih tempat pertahanan kental Abdoulaye Youssouf Maiga yang digantung satu perlawanan selepas menerima dua kad kuning menyatakan keyakinann­ya walaupun masih mentah dalam aksi Liga Super.

“Ini tanggungja­wab besar yang akan saya pikul untuk mengekang asakan penyerang lawan yang diketuai Ronaldinho. Walaupun masih kurang pengalaman tapi saya akan lakukan yang terbaik untuk memadam kelebihan 2-1 lawan.

“Malah lebih memberikan keyakinan kepada saya apabila pernah diberi tanggungja­wab sebelum ini oleh jurulatih Rahmad Darmawan untuk menjaga pemain import itu dalam aksi liga musim ini dan aksi ketika mewakili pasukan Harimau Muda B sebelum ini.

“Namun untuk aksi Sabtu ini saya perlu berwaspada dengan ancaman pemain itu yang mampu mengundang bahaya jika tidak dikawal ketat sepanjang 90 minit,” kata Amirzafran kepada Arena Metro.

Pada separuh akhir pertama 1 Oktober lalu, bekas pelajar Sekolah Kebangsaan Wakaf Tapai Marang itu terpaksa menjadi penonton selepas mengalami kecederaan ketika sesi latihan dan aksi pada Sabtu ini pemain yang mempunyai ketinggian 1.84 meter itu akan berganding­an dengan kapten Hasbullah Awang di pertahanan tengah.

“Sepanjang musim ini sudah 10 kali saya berganding­an dengan Hasbullah dan adakalanya dengan Maiga, saya tidak ada masalah malah kian serasi. Saya yakin mampu memberikan perse mbahan terbaik bagi memas tikan pintu gol The Titans tidak dibolosi,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? ANNUAR
ANNUAR

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia